salam min, tolong hidekan profile saya. saya baru kawin dengan husband 7 bulan. umur husband baru 17 tahun dan sekarang tengah ambi spm, saya pula 18 tahun. bulan lepas kami bertengkar, baik sekejap bertengkar lagi. rupa2nya saya pregnant, emosi saya tak terkawal. tapi suami tak faham, suami selalu sakit hati, siap cakap dia ada gf dia skola, gf dia lagi lawa, dia kata lebih baik saya mat!.
Lepas tu dia kata dia gurau, hari hari dia gurau benda sama, dia cakap dia ada perempuan lain, saya stress sangat. baru baru ni dia, ada kena bagi duit dengan anti saya, Rm70. Lepas tu dia bagi saya Rm50 , saya tak tahu pun dia tipu saya. last2 anti saya call, bagitahu yang dia bagi tu Rm70 bkn Rm50. Masa tu saya tanya dia baik2 , dia bersumpah duit cuma Rm50.
Bila saya kata mak cik saya yang bagitahu sendiri, barulah dia mengaku. Start dari situ kami gaduh besar, bukan sebab duit tu, tapi sebab dia tipu saya. Dia bukan ada kerja dia masih tingkatan 5 makan minum kami semua mak saya tanggung tapi dia tipu saya baru pegang duit seciput. dia siap cerai saya lagi, dan cakap, walaupun kami berbaik dia tetap akan menipu sampai mat!.
Sebenarnya, apa yang kena dengan suami saya tu, kenapa dia jadi macam ni, betul dia ada perempuan lain? macam mana dengan saya, perlukah saya perbaiki hubngan saya atau saya mesti move on sebab dia da niat nak guggur baby kami.




