Assalamualaikum. Semoga sihat dan bahagia disamping keluarga. Aku nak cerita sikit tentag hidup aku. Sebab aku ni tak ada tempat nak luahkan rasa hati. Kalau aku luahkan kat suami dia cakap aku berleter dan mengungkit. Bila aku mengadu kat kakak aku dia kata aku aibkan dia. Aku tak faham kenapa dia tak dapat beza bila orang luahkan rasa hati dengan berleter. Jadi aku luahkan kat sini. Moga2 ada la nanti orang dapat nasihat dan tenangkn hati aku.
Aku ni anak yatim piatu. Aku anak ketiga dari 4 beradik. Aku ada abang, kakak dan sorang adik lelaki. Kakak aku belum kahwin. Aku dengan abang sulong aku je yang dah kawin. Aku dah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 11 bulan. Mama dan abah aku dah 6 tahun meninggal selepas aku habis Spm. Mula mama pastu abah. Selain adik beradik, aku cuma ada beberapa orang pakcik. Diorang tinggal jauh dari family aku. Kami buat hal masing2.
Jadi aku cuma ada kakak untuk aku mengadu, untuk aku berkongsi. Depan2 adik beradik aku yang lain aku memang nampak happy je. Masalah aku sekarang, aku selalu dingin dengan laki aku. Iapar aku macam tak suka aku. Entah kenapa. Aku dengan mertua aku boleh lah. Baik jugak cuma aku jenis tak pernah bercerita masalah aku. Aku ni dulu seorang yang lembut, cerita. Tapi lepas mengandung, bersalin aku bertukar jadi orang yang kasar, dan cepat marah.
Aku jadi macam ni sebab aku rasa orang tak pernah hargai aku. Terutamanya suami aku. Dia tahu, hanya dia tempat aku bermanja, berkasih syang, tempat aku mengadu tapi dia suka sakitkan hati aku. Dia kata aku malas, berkira bila aku mintak cuci pinggan dia sendiri. Sedangkan aku penat jaga anak yang makin aktif, basuh lipat baju, kemas rumah mop lantai masak semua. Aku uruskan semua kerja rumah tanpa pertolongan suami.
Dia cuma balik makan pakai, pergi kerja. Jaga anak pun setengah jam lepas tu bising panggil aku. Aku jenis tak boleh tengok rumah bersepah. Aku tak pernah boleh tido siang. Malam2 aku cuma tido dalam 4-5 jam. Itupun nasib. Jadi aku stress. Aku jarang keluar rumah. Pendek kata memang aku ni selalu duduk dalam rumah je. Suami aku tak pernah bawak aku bercuti. Paling tak pun dia bawak aku balik kampung. Atau balik rumah mak dia. Itu je.
Aku tak berdunia dengan orang luar kawan2 pun aku dah tak ada. Aku tertekan tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Dengan suami yang tak pernah menghargai aku. Badan aku yang sakit2 ni tak pernah berurut. Bila aku mengadu cakap sakit belakang suami aku suruh aku letak minyak angin. Oh lupa nak cakap aku bersalin secara caesar. Memang tak pernah berurut atau bertungku. Badan aku sakit2 skrang tambah anak yang makin aktif tak suka duduk diam.
Bulan 9 lepas hari jadi aku. 2 minggu lepas tu pulak annversary ke-3 kami suami isteri. Tapi sepanjang aku kahwin suami aku tak pernah sambut semua tu. Bufday aku pun dia buat2 lupa apatah lagi nak beli kek atau hadiah. Aku rasa tak dihargai. Aku rasa terok sangat. Nak tak nak suami aku suka teng king aku depan orang. Pernah masa mengandung aku teringin nak chezzy wedges Kfc tu jadi aku mintak dia belikan terus dia marah teng king aku dia kata dia letih penat baru balik kerja. Dan aku suka habiskan duit dia.
Aku menangis ja weh. Tengah mengadung anak dia pulak tu. Aku sedih gila padahal aku tak pernah mengidam benda mahal2 pun. Barang make up aku tak pernah dia belikan. Beli baju pun setahun sekali bila raya. Dia berkira dengan aku. Mungkin sebab tu dia tak kaya2. Aku bukan taknak kerja cari duit sendiri. Aku dulu pernah jadi cikgu tadika. 2 tahun jugak lah. Aku bhenti sebab aku mengadung kat anak aku tu aku alah terok.
Sekarang aku tak ada pendapatan sendiri. Sebab tu aku cuma harapkan suami aku yang beli. Aku rasa down, self estim aku hilang tah ke mana. Aku ni ada rupa bukan hodoh sangat. Suami aku dulu tergila-gilakan aku sebab dia kata aku putih, cantik tinggi lampai, kurus. Tapi lepas kawin badan aku dah berisi sikit, muka dah lama tak pakai skincare. Aku jadi mudah terasa hati dengan suami aku.
Aku sekarang dah pandai cakap kau aku dengan dia. Dah pandai tinggi suara. Dah pandai mengamuk. Dulu aku tak macam ni. Salah aku ke semua ni? Aku sedih. Rasa tak ada yang indah dalam dunia ni. Apa aku perlu buat untuk betulkan keadaan?