Saya kahwin dah masuk 6 tahun, barang2 saya banyaknya saya beli sendiri, duit sendiri, ada yang suami bagi duit bila saya minta, suami saya penyayang, baik, sangat memahami saya, yang kata saya kahwin dengan suami kena terima family dia, kalau saya tak terima, dah lama saya melenting, tapi saya diamkan sebab fikir lain family lain cara, beza mak ayah saya didik, bukan saya nak puji didikan mak ayah saya terbaik tapi suami akui dan puji selepas kahwin banyak perkara yang dia pelan2 ambil tahu dan belajar, contohnya bawa buah tangan bila ziarah,
Bab makanan tu saya tak kisah sangat cuma kadang saya terasa mereka macam tahu2 ja kami beli barang dapur hujung bulan jadi peti ais full stok barang basah untuk seminggu dan yang lain2 macam saya suka sediakan roti untuk sarapan jadi complete mayonis, cheese slide, kadang sosej, ada jajan2 untuk sambil2 mengunyah, kacang gajus, maruku, coklat, jadi benda2 ni lah yang selalu adik ipar ambil tak sempat nak makan, tunggu pulak hujung bulan membeli. Kami memang straihght dalam perbelanjaan sebab bukan orang senang, cukup2 saja.
Kebiasaan mereka datang tak maklum sebab jarak 2 jam sahaja, kadang call tanya ada mana? Kalau kata ada di rumah, dalam 5 minit dah sampai depan rumah. Saya diam saja, saya kesian dengan suami, saya sayang dia, kenapa adik2 dia (suami anak sulung, adik lelaki ada 4, adik perempuan ada 2) tak macam abg mereka, baik dan tertib. Suami saya pun kadang luah kat saya yang dia sedih dengan family dia, sebab tu saya sentiasa di sisi dia.
Berkaitan adik2 ipar, saya taktau macam mana cara nak mereka tolong kemaskan semula tempat tidur, makanan bila datang bermalam di rumah kami, (adik2 ipar bujang lagi). Saya kadang makan hati bila tempat tidur tinggal bersepah, lepas makan, meja bersepah, saya fikir dalam hati memang mereka ni tinggal untuk saya kemas, dulu saya pernah mengadu kat suami, fil dan mil datang tidur, bangun pagi biar ja tempat tidur bersepah, bantal sebiji pun tak boleh ke letak balik tempat asal, suami jawab mereka dah biasa macam tu, lepas dari tu memang saya tak pernah cakap apa2, suami pesan lepas mereka balik, kalau letih tak larat kemas, tinggal suami saya akan kemas.
Saya luah kat sini, saya nak bagitau wujud family macam ni, rumah mereka macam tongkang pecah, bantal bau hapak, bilik air berkulat dan suami saya akui yang dia sekarang dah keluar dari kebiasaan tu sebab saya wajib pastikan rumah teratur, bersapu, tidak berhabuk, bersih, tempat tidur kemas elok2, lepas makan kemas dan lap meja, susun kerusi elok2.




