assalamualaikum min. mohon share kan. buat para isteri yang tengah mengandung. suami buat hal tolong la happy2 kan diri tu buat apa ko nk stress. lelaki bukan sorang tu dalam dunia ni. ramai lagi. buat apa ko menangis ko sedih. sedang kan dia tengah berbahagia tak ingat dan tak ambik kisah pasal ko ..
pengalaman aku min. aku mengandung 5 bulan dan aku di cerai kan. asbab dia ada skandel dengan betine. dia nak kluo dgn betine tu. Dia mintak aku iron kan baju sluo dia Allah tu maha adil saat aku tengah iron baju dia, dia mandi betine tu call aku yang angkat dan dia sebut nama laki aku masa tu aku cakap dia mandi…
habis je dia mandi ..aku kabo ade perempuan call aku soh call balek. dia call dn bt speaker.dia boleh cakap salah no guys. Sedang kan betine tu dah sebut nama dia. dan jnji nak kluo. malam tu jugak aku angkat kain baju aku kluo dari umh bekas mil aku. untuk naik bas. tapi aku ditahan jadi esok pagi2 aku belah naik bas. aku balek kg.. dia datang selepas 2mgu dan kabo nak cerai. jadi aku tanpa setitik air mata jawapan aku… nak cerai cerai lah… ok je..
start aku dengar suara betine tu..aku dah nekad bio ank aku takde bapak takpe..dr ade perangai macam cilake.. orang macam ni bukan tau nk tobat selagi nyawa tak dujung2. Bukan sekali kejadian kantoi dah 2 kali kantoi… jadi aku fikir bod0h nye aku kalu aku sedih2 sedang kan dia bahagia dgn betine lain.. sekarang aku dah bahagia anak aku dengan dia pon dh 11 tahun… waktu anak aku umor 8bulan aku bertemu jodoh. alhamdulillah. Suami aku yang baru dapat terima aku dan ank aku… seorang yang penyayang …
kadang2 pasangan pertama tu bukan lah jodoh kalian. semua tu aturan allah. percaya lah bawak lah diri kalian kerana ade kebahagian kalian di depan sana nanti. jangan buang dan membazir kan airmata kalian untuk seorang yang tidak menghargai kalian.. bangkit lah untuk hargai diri kalian sendiri. Sampai sekarang aku tak pernah benci dia tapi aku bersyukur sebab dia buat perangai. sekurang2 sebab dia sekarang aku dah bahagia anak dah masok 4.
Jangan putus kan hubungan anak dengan ayah dia dan kluarga nye ..kalau dorang sendri yang tak nak ambik tahu biarkan asal kan kita tak pisah dn tanam kn kebencian pada anak2. Sebab bila anak dah besar nanti dia sendiri tahu. Smoga kalian kuat dan mendapat bahagia kalian nanti… tinggal lah sengsara mu dan cari lah kebahagian mu… kerana setiap wanita wajib bahagia…bukan derita semata2 sayang seorang lelaki durjana.




