Bercerai itu bukan pengakahiran kepada sebuah kehidupan. Assalamualaikum… Aku isteri, ya dlu aku seorg isteri. 3tahun hidup bersama suami. Bahagia, memang bahagia. Jika mahu dilihat kepada masalah, pasangan mana yang tidak ada masalah. Bahkan para sahabat Nabi juga punya masalah dengan isteri mereka. Inikan kita manusia biasa yg berkahwin dengan manusia biasa. Jadi, janganlah kita terlalu melihat kepada kelemhan pasangan sehingga kita lupa kepada kebaikan yang dia pernah lakukan.
3tahun satu tempoh perkenalan memendangkan saya dan bekas suami tidak pernah bercinta. Kami sudah kenal lebih dari 8 tahun sebagai kawan biasa, kemudian mengambil keputusan untuk bertunang dan akhirnya membawa kepada sebuah perkahwinan. Ya, kami melalui proses perkenalan selepas berkahwin. Benar, ada msanya cacat celanya menguji kesabaran, begitu juga saya. Ada kelemahan yg sukar untuk diterima, tapi cuba berlapang dada. Alhamdulillah, lama kelamaan kami mampu menerima diri masing2, ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata seiras bekas suami.
Bagaimana penceraian itu berlaku? Ckup untuk saya katakan ianya berpunca dari adik beradik dan akhirnya membawa kepada penceraian. Masa mula2 bercerai, saya rasa down dengan anak yang baru berusia setahun 5 bulan sya tidak tahu ke mana saya hendak melangkah. Saya menangis terkenangkan nasib diri. Kenapa perlu saya yang menjadi mangsa fitnah disebabkan rasa tidak puas hati manusia lain.
Saya jadi marah,benci dan sebagainya. Saya rasa malu kalau orang tahu, saya takut diejek dan dilabel dengan bermacam2 rupa. Tapi Alhandulillah, perasaan itu hanya sebulan bertapak di dalam diri saya. Selepas itu saya melihat satu demi satu hikmah penceraian itu.
Saya mencari org yang kuat agamanya. Yang tidak kenal saya atau bekas suami. Saya mencari gali ilmi2 agama yang saya tidak sempat belajar semasa menjadi.”isteri”.. Ya, hidup sya sangat sibuk walaupun saya tidak bekerja diswasta atau kerjaan. Tapi bekerja sendiri memerlukan stamina yang kuat dari segi mental dan fizkal.
3buln berlalu, Alhamdulillah. Antra hikmah yang dapat saya lihat saya punya lebih masa dengan Allah s.w.t..kalau dahulu saya sibuk uruskan suami, anak rumah tangga dan sebagainya. Hakikat penceraian saya cuba mendekatkan diri dengan Allah s.w.t..anak saya sudah hampir 2 tahun usianya, sudah bijak menguruskan dirinya. Saya bekerja sendiri, tidak rushing untuk apa2 sekalipun. Kalau dlu saya terkejar2 siapkn makan pakai suami untuk pastikan suami sentiasa rasa selesa, sekrang Allah s.e.t mahu saya berehat. itulah hakikat dan hikmah penceraian.
Jika kita bercerai, itu bukan pengakhiran kepada hidup kita tapi hakikatnya ia memberi lebih banyak impak yang positif. Kalau dahulu kurang bersemangat untuk buat apa2 side income, sekarang lebih bersemangat.
Biarlah apa sahaja yang orang ingin katalam tentang kita. Ya sememangnya jika berlaku penceraian, perempuan akan dislahkan walaupun dia sudah berkorban itu ini untuk keluarga. Tetap dilabel isteri yang teruk/derhaka. Usah bimbang, percaya bahwa hanya kita yang mengenal diri kita sendiri.
Bangkit dari sebuah kesakitan. Jgn menyesal menyulam kenangan, jgn buang kenangan manis kerana itu penyebab hati kita senang utk memaafkan walaupun bukan mudah untuk memaafkan.
Dibulan mulia ini, berdoalah sebanyak mana kita mahu berdoa. Mudah2han Allah s.w.t makbulkan doa.aamiin




