Perempuan Pisau Cukur. Salam Admin. Tolong hide profil saya. Ini kisah mengenai ayah saya yang di khianati perempuan sundal yang hampir musnahkan keluarga saya dan membuat mak saya depression. Kejadian berlaku sekitar tahun 2007 sewaktu saya hanya darjah 6. Saya berada di dalam rumah lepak seperti biasa di hujung minggu sebagai kanak-kanak yang masih tidak mengenal erti kehidupan. Sedang saya bersantai di atas katil, secara tiba-tiba saya berasa tidak sedap hati, dan waktu itu saya ternampak mak ayah saya sedang bertengkar.
Fast forward a few days, baru saya tahu bahawa ayah telah memadukan mak dengan perempuan sund*l yang saya akan namakan sebagai Si B dalam kisah saya ini. Mereka berkenalan semasa ayah ditukarkan tempat perkhidmatan ke Kedah dan kami sekeluarga masih berjauhan dengan ayah dan menetap di Selangor. Si B ini telah mengambil kesempatan menggoda ayah kerana tahu ayah seorang yang naif dan mudah terkena pujuk rayu seseorang dengan mengadu bahawa dia hidup susah dan perlu pertolongan. Akhirnya keputusan ayah untuk menolong pada mulanya berakhir kepada pernikahan tersembunyi di thailand.
Saya sebagai seorang kanak-kanak meneruskan kehidupan seperti biasa kerana masih kecil dan tidak tahu apa impak kejadian tersebuat dalam keluarga saya di masa hadapan. Di sinilah titik permulaan sengsara keluarga saya. Kehidupan keluarga saya sepanjang ayah berkahwin dengan Si B adalah sangat malang dan menyedihkan. Pagi-pagi sewaktu saya bersama adik-beradik yang lain hendak ke sekolah, mak ayah akan sealu bertengkar dan hingga ke satu tahap abang saya sudah tidak mampu menahan kemarahan melihat mak ayah bertengkar telah menumbuk cermin tingkap dan ke sekolah dengan tangannya yang berdarhan.
Ayah sangat tidak adil sewaktu bermadu, hujung minggu sahaja dia akan ke rumah Si B dan ini berterusan selama beberapa tahun dan yang paling menyedihkan nafkah wang diberikan dilebihkan ke Si B dan tinggal lah mak bersusah payah mencari wang lebih untuk menyara kami adik-beradik. Selama ayah bermadu, dia seolah telah terkena ubat pengasih dan tidak mampu berfikir secara rasional. Hidupnya hanya untuk Si B sahaja dan kami sekeluarga di layan endah tak endah. Apabila di tegur ayah akan marah-marah kerana mempersoalkan keputusannya untuk bermadu. Keluarga saya porak peranda, abang saya berubah dan selalu menjauhkan diri dengan keluarga kerana tidak mahu melihat kesedihan mak saya.
Pernah mak sudah tidak tahan lagi dengan nasibnya, mak telah cuba membunuh ayah saya dengan menghayun pisau kearah ayah tetapi nasib baik kami adik beradik sempat menghentikan mak dari percubaan tersebut. Sepanjang ayah bermadu, kewangan ayah sangat sempit, Si B sentiasa meminta wang yang banyak daripada ayah dan untuk keluarga kami hanya sedikit sahaja yang di beri. Si B semestinya seorang pisau cukur dan ayah telah banyak berhutang untuk memberi wang kepadanya. Sehingga gaji ayah yang mencecah RM7000 masih tidak cukup untuk berlaku adik kepada kedua-dua isteri.
Si B telah memaksa ayah untuk meminjam wang untuk membuka bisnes salon dengan memaksa ayah meminta wang ganjaran persaraan awal sebanyak RM200,000 daripada RM500,000 dan wang RM200,000 akan di bayar oleh ayah menggunakan duit pencen ayah selepas ayah bersara. Dan akhirnya bisnes salon tersebut teah bankrupt dan ayah terpaksa menanggung kerugian yg telah dilakukan Si B. Fast forward a few years, ayah sedang menanggung hutang yang banyak dan tidak mampu memberi wang yang banyak kepada Si B seperti dulu. Si B ni pun apa lagi, mengamuk lah dia tak dapat duit dah. Selang beberapa minggu, pada hujung minggu ayah mahu ke rumah Si B, Si B ni kantoi curang dengan seorang Dato’. Haa kau, memang dah sah Nampak Si B ni sund*l pisau cukur.
Pada mulanya ayah berat untuk menceraikan Si B, tetapi atas desakan Si B mahu bercerai kerana mahu berkahwin dengan Dato’ tersebut ayah saya akhirnya menceraikan juga Si B. dalam tempoh eddah selepas perceraian, sepatutnya seorang wanita tidak boleh keluar dengan lelaki lain kan ? Tapi tak, Si B ni selamba je keluar dengan Dato’ tu. Eh s*al nya perempuan macam ni. (Kehidupan ayah selepas bercerai dengan Si B). keluarga kami selepas ayah bercerai dengan Si B kembali pulih kerana ayah seperti telah sedar dari kesilapannya. Tetapi ayah selepas bercerai dengan Si B telah mempunyai hutang yang banyak yang telah dilakukan Si B. Even selepas bersara dan dapat baki wang ganjaran RM300,000 pun masih tidak mencukupi untuk membayar hutang ayah. Disamping duit pencen ayah yang akan ditolak sebanyak RM3500 selama 3 tahun untuk membayar semula wang ganjaran pendahuluan RM200,000 yang diberikan kepada Si B.
Hingga sekarang ayah sangat runsing memikirkan wang untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. You guys nak tahu apa yang worse ? Si B ni masih kontak ayah minta wang nafkah sebanyak RM500 setiap bulan, eh banyak cantik, dia pulak nak tetapkan berapa banyak nafkah kena bagi, dah la curang, nusayauz, langgar eddah. Lagi rungsing lah ayah memikir pasal duit yang tak pernah cukup Apa perempuan macam ni kita gelar ek ? akhirnya mak juga yang terpaksa bersengkang mata bekerja menjahit baju, membuat kuih untuk tamping perbelanjaan ayah yang tak cukup. Itu pun bila mak tanya kenapa bagi banyak sangat duit ke Si B ni ayah tetap akan marah mak dan cakap jangan campur urusan mereka. Eh dah cerai pun ayah ni still degil nak backup perempuan sund*l tu. Why ? I never know.
So kat sini saya nak tanya pendapat, perempuan kahwin ada anak bersama suami, dan nusyuz, cerai, layak demand nafkah untuk anak ke ? dan berapa ? Jika layak, senang lah dorang, kahwin lain buat anak, nusayauz, cerai lepastu demand nafkah, dan ulang sampai bila-bila. Eh macam buat sewa rumah pulak.




