Asslm admin. Tolong hide profile aku. Aku nak minta pendapat ramai dan yang penting minta orang yang terlibat baca dan hadam cerita ni. Begini kisah dia. Aku tinggal bersama mertua yang ditinggalkan suami baru (dah cerai dengan arwah bapa mertua aku dari mase hidup lagi). Gantung tak bertali la dengan laki baru dia yang penilaian aku nampak sangat kaki kikis nya. Tp bkn nak ceritakan kisah mak mertua aku dan laki baru dia, tu nanti2 aku minta pendapat kalau makin meroyan jadinya.
Aku tinggal di rumah asal keluarga isteri aku yang mana bila orang tua nya bercerai rumah tu jadi harta adik beradik diatas perjanjian lama kalau mereka bercerai untuk kesekiankali nya..asal nya mak mertua aku katanya nak balik ke rumah asal ni untuk sementara sebab laki baru nya ada masalah, tanpa rasa segan dan malu, laki baru dia duduk skali dirumah peninggalan arwah ayah mertua dan tanpa persetujuan adik beradik. Sampai satu masa, laki dia tinggal kan rumah atas nama ada projek di luar kawasan..kesudahan nya tetiba hilang begitu aja. So aku la yang menanggung makan minum mak mertua aku, takpa la, mak mertua la kan.
Yang jadi isu ni, adik ipar lelaki aku yang kedua, dah atas 30an, belum berkahwin dan pada aku tak layak jadi suami. Dah 2tahun duduk serumah tapi tak berkerja. Kerja nya cuma game online. Makan minum aku yang menanggung, menangung 1 hal, siap demand nak makan apa hari ni. Baju spender pon mak mertua aku yang pungutkan tapi aku gak yang mengangkut untuk hantar ke dobi. Dah tentu modal dobi aku juga. Sebelum ni dia ade masalah berniaga, tu yang takberkerja, tapi 2bulan ok lagi, ni dah 2 TAHUN makan minum aku tanggung!!. Aku kerja siang malam siap tinggal keluarga untuk kesenangan anak isteri tapi adik ipar aku senang2 main game je.
Makan yang org tanggung tu pon berhidang, lepas makan sambung main game. Itu belum kira jajan atau coklat yang aku belikan utk anak aku di pelahap habis sambil main game. Ni sibuk minta mak mertua aku masuk minang awek dia yang MJ anak 1..aku kesian kat isteri aku stress nak melayan kerenah ank kerenah adik yang pemalas lagi..bila isteri aku ada urusan, minta tolong ambilkan anak aku balik skola, time tu la tetiba dia kata ada kerja, terus start moto yang dah bertahun tak bayar sebab kemalasan berkerja dia tu..aku kalau ada dirumah memang tak kan berharap pada adik ipar aku ni. Memang kerja aku jauh dari keluarga. Mohon siapa ada nasihat ke untuk aku tarbiah kat adik ipar aku ni.




