Bismillah.. salam Ramadhan dan salam sejahtera admin dan warga krt. Tak tahu mana nak mulakn, aku sedih sangat.. aku dan suami kawin dah masuk tahun ke 7, alhamdulillah. Lepas 3 tahun kawin bru dapat sorang anak, lepas urut syukur sangat. sekarang ttc untuk anak ke2. Dah hampir 4 thun ttc, boleh kata stiap bulan test Opk dan Upt. Ya Allah. Tolong la tambahkn zuriat pada kami suami isteri. tolong la semua doakn aku. moga ada rezeki kami, amin amin aminnnn…
Ceritanya dari awal aki tak kenal fmly suami. sejak kawan, tunang, memang tak rapat. kenal suami je. lepas kawin bru kenal fmly dia. tak sangka fil dan mil orang senang. orang tua yang berduit ada aset, tapi hidup cara orang kampung serba sederhana. Baru2 ni adik suami paling bongsu dapat anak lg. semua adik berdik dia ada anak perempuan dan anak lelaki. Aku brsyukur sangat walau kami ade sorang anak, perempuan.. syukur dengan apa yang ada.
Baru2 ni mil ade bersuara kalau “anak perempuan tak boleh warisi harta pusaka/harta tradisi/harta keturunan”. Aku macam terasa tapi buat tak paham je. aku diam je. Lepas tu mil cakap lg, sakit ko macam mne tak elok lg ke, tmbah anak, ksian laki ko tu takde anak lelaki. Adik brdik dia smua ramai anak, dia je ade sorang anak. Perempuan plk tu, anak beranak ke. Allahuuuu. sedih aku min, kecik hati sangat. Untuk pngthuan aku ade mslh jatung, dpt thu sejak mengandung 7 bulan. Smpai skrg bukan kami suami isteri tak nak tmbah anak, tapii perancangan Allah tu lebih baik. Dia thu bila waktu yang sesuai.
Bagi aku psl harta ke ape smua tu kalau ade rzeki anak aku ade la. kalau takde takpe la.. aku sape nak menidakkan takdir, perancangan Allah? Usaha kami pun macam², urut klinik,ubat..
Tapi tak kan smua kami nak bgthu mil. fil. adik brdik. macam hina sangat aku surirumah, tak keje. tak beranak ramai.. aku dah tinggalkan semua inject, ubat ape2 semua perancang tu. Makan n inject dalam masa setahun je. Tapi sampai sekarang belum ade.. puas ikhtiar, doa.. kdg putus asa..pstu tawakkal lg.
Maacam ni la hmpir 4 tahun dh. Warga krt. mohon doakan aku dan suami dan mereka2 yang menanti zuriat, moga Berkat bulan Ramadhan tahun ni kami dapat berita gembira dengan kehadiran zuriat dalam rahim kami tak lama lg, insyaAllah..amin.. Tmksih admin dan semua yang sudi mendoakn, moga Allah swt membalas segala kebaikan kalian.




