Salam min. Tolong hide kan fb kakak saya ye. Sekadar luahan hati.
Mungkin semua orang akan dapat mertua, ipar duai yang baik dengan kita tapi berbeza dengan saya. Sepanjang perkahwinan saya dan suami, terlalu banyak yang saya pendam. Saya diam je min. Kami berdua belum dikurniakan anak dan mak mertua mula kata yang saya ni mandul Keturunan jahat memang tak ada anak jadi Kalau macam tu setiap perempuan yang tak mampu ada anak ni keturunan tak baik la.
Jujur cakap saya agak terkesan dengan kata kata dia. Kami berdua putuskan nak ambil anak angkat. Pada masa yang sama, adik ipar saya mengandung anak tak sah taraf jadi saya dan suami bersetuju ambil anak dia sebelum dia bagi pada orang lain.. Sekarang anak tu dah berumur 2 tahun lebih.. Sepanjang tempoh itu, masa dan tenaga saya banyak saya habiskan untuk anak itu. Saya sayang dia macam anak saya sendiri. Tak ada sebarang khabar dari ibu kandung dia dan tiba tiba datang tuntut hak anak itu.
Saya tak nak bagi balik sebab dia sendiri buang anak ini. Dia juga kata saya yang desak dia buang anak ni dulu. Maaf la saya katakan, kami ada buat perjanjian hitam putih yang mengatakan dia tak boleh tuntut anak ini sebab dia tahu, selepas dia melahirkan anak ini dia dah tak boleh mengandung lagi. Semua keputusan terletak di tangan dia min. Dia sendiri setuju dengan semua tu. Sejak tu la semua ipar duai saya masuk campur siap nak bawa kes ke mahkamah. Suami saya tahu ,apa yang kami berdua lalui tak mudah seperti yang dikatakan.
Suami saya kecewa dengan sikap adik dia. Adik ipar saya pernah kahwin 2 kali dan kedua duanya tak mampu bertahan. Sikap dan mulut buat suami dia lari. Macam ada penunggu je kat mulut tu. Kata kata yang keluar tak pernah yang baik baik semuanya sumpah seranah dan kata kesat. Langsung tak hormat suami..
Suami ada juga bagi nasihat pada dia agar ubah sikap dia..
Macamna dia nak sara anak dia kalau dia sendiri tak berubah. Mak mertua kata, dia mampu jaga cucu dia. Baru sekarang mengaku cucu,dulu buang. Anak dah besar baru nak ada hati jaga dia, belai dia.. Walau apapun yang jadi, saya tak akan bagi anak ni balik kat diorang..
Jangan kecam sebab anda tak berada ditempat saya.. Semua isteri ingin ada anak sendiri, tapi kami kena terima hakikat yang kami tak mampu bagi zuriat pada suami. Saya kahwin dengan suami dah 7 tahun dan kami masih berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri..




