salam warga KRT.. saya sekadar ingin berkongsi cerita. nama saya Nurin, berusia 33 tahun dan bekerja sebagai seorang guru di daerah pendalaman di Terengganu. sudah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai seorang anak.. ketika berkahwin saya menetap di Johor Baharu sebelum berpindah ke Terengganu dan selama 3 tahun saya tingal berasingan dengan suami, pada tahun ke 4 perkahwinan, saya dapat bertukar ke Terengganu menetap bersama suami dan pada ketika itu juga saya dapat rezeki anak..
selama 3 tahun perkhwinan, saya memang belum mengenali suami sepenuh nye.. bila kami tinggal sebumbung baru laa saya tahu perangai si suami.. suami saya tiada masalah berat akan tetapi dia kurang adab saya rasa, perangai tak semenggah..! tolong laaa….. dia suka kentut dihadapan saya.. kadang2 mungkin ini menjadi lawak atau gurauan, akan tetapi pada saya itu bukan satu gurauan dan pada saya ianya perkara yang melampaui batas..!
bila saya bercerita pada orang, ianya akan menjadi bahan ketawa, kata nye normal laa kentut je kan ??? tapi pada saya ianya TIDAK..! saya membesar dengan penuh adab, tertib dan beretika, saya tidak pernah melihat ibu dan ayah saya bergurau benda yang kotor bergitu…. bukan bermaksud saya menghina tapi tahap suami saya, saya merasakan dia seolah-olah mempunyai masalah mental…
ketika saya mengandung suami memang seakan-akan sengaja mengadap kepada saya untuk ketut saya pada mulanye rasa biasa akan tetapi lama kelamaan ianya menjadi suatu yang melampaui batas.. bila dia nk ketut, dia sengaja mengadap ke muka saya dan ketut, selepas itu dia akan ketawa terbahak-bahak melihat saya marah…! ketika kami makan, ketika saya sedang menonton tv, dia sengaja lalu dihadapan saya dan meningalkan bau .. saya mmg akan marah…! dan dia hanya cakap “alaaa gurau siket pun xboleh” … bagi saya gurauan nye terlalu melampau, ketika di katil dia akan selubung kan saya dan kentut, datang kepada saya kentut kemudian lari, ambik tangan saya dan kentut di tangan saya, sengaja pergi ke dapur ketika saya sdg memasak untuk kentut depan saya, ketika saya sedang mandi dia sengaja ketuk bilik air dan bila saya buka pintu, dia kentut dan kemudian lari…! kadang-kadang saya rasa stress, saya rasa saya ni tempat untuk kentut ke ????
perangainye berlarutan sehingalah sekarang, satu hari ketika saya sedang suap anak saya makan dia datang dan ketut kepada kami yang sedang makan…! dan pada masa itu saya menyumpah dan baling pinggan nasi anak saya kepada dia, saya betol2 hilang sabar, dan kali pertamanya saya mengamuk dan mengeluarkan berkata-kata kesat kepada dia dihadapan anak kami…..!! Untuk pertama kali nya saya bergaduh di hadapan anak.. saya seboleh-bolehnya tidak mahu mengeluarkan kata2 yang tidak baik dihadapan anak saya dan tidak mahu bergaduh di hadapan anak.. saya menagis semahu-mahunya dan mengenangkan apakah akan terjadi pada anak saya jika dia berterusan bersikap begini..
Mungkin pada orang lain ianya normal tapi tidak pada saya, saya jadi stress dan akan rasa nk marah, dan apabila saya marah saya mungkin mengeluarkan perkataan yang tak sepatut nya seperti bod0h, bang4ng, kuang ajar, sbb nya saya dh terlalu lama menahan…!! Andai kata ianya berterusan, ianya akan menjadi suatu perkara yang buruk pula kepada saya… saya sgt risau kerana ank saya masih kecil dan mengkin boleh terikut kepada apa yang saya katakan…! Saya jadi takut dan sering menasihati dia akan tetapi dia endah tidak endah …
Di sekolah, saya sering mendengar budak2 darjah 2 atau 3 bergaduh dihadapan saya dan mengejek mengunaakan perkataan “b4bi mu” “mu laa si4l” “mu tu hanok har4m tu” Allahhu Akbar mende yang paling saya takut sekali… bila saya pangil murid-murid saya dan bertanya kenapa mereka bercakap begitu dan siapa yang ajar ?? Dengan mudah jawapan nye “mak saya cakap gitu boleh je” “ayah saya dh biasa daa marah saya mcm tu” ianya ibarat benda yang normal pada mereka.. moralnya disini ialah semuanya bermula dari rumah…!! jika dirumah, anak kita tidak mendengar perkara yang baik dan mereka sudah terbiasa mendegar perkara yang buruk ini lah punca nye…
Suami saya sering mengatakan dia tidak mahu anak yang ramai kerana quality lebih bermakna dari kuantiti….! Tapi jika kita mahukan quality yang baik, kita pun harus mempunyai quality yang bagus … selepas dari kejadian saya mengamuk itu, 3 hari kami tidak bercakap dan dia meminta maaf serta berjanji tidak akan mengulangi nya lagi, akan tetapi “perkara yang buruk apabila menjadi satu tabiat ianya agak susah untuk ditingalkan dan perkara yang baik itu susah untuk dikekalkan”…! walaupun dalam proses pembaik pulihan, adakala nya terlepas juga dihadapan saya, tapi dia tidak seperti selalu dengan sengaja mencari saya untuk kentut. Nampak simple tapi ianya soal adab dan akhlak yang terpuji… sekaya mana pun kita, setingi mana pun darjat kita, jika kita tiada akhlak dan tiada adab mertabat diri kita tetap rendah.. Sekadar perkongsian cerita dari saya




