Assalammualaikum.memandangkan suami saya suka sangat kat page KRT ni. saja la nak cerita. hihi! Alhamdulillah kami kahwin hampir 3 tahun. anak nak masuk 2 orang. saya bersyukur dapat suami macam dia. suami tua 5 tahun dari saya. boleh kira berapa kali saya masak. selebihnya suami akan beli diluar. Hari hari dia tak kasi saya masak dia kata membazir sebab kami bukan jenis makan sangat sehari sekali dua je kalau saya ajak beli barang dapur, mesti dia kata tak payah. nanti rumah terbakar. Entah tah saya masak tak sedap kot. Hahahaha. lagipun kerja suami travel. dia akan angkut kami sekali. suami berniaga. semua duit sales dia akan beri kepada saya. kerja saya cuma uruskan semua duit untuk bayar stock, loan2 kereta, asb loan, takaful kami,simpanan,buat rumah dan semua lah.saya hanya bagi duit belanja harian sebulan je kepada dia.
Saya hanya jaga anak je. tapi kadang tak juga sebab anak memang dengan dia je. mandi ke main ke memang dia yang layan anak hari hari. btw, saya uruskan bisness bahagian online. Ada satu hari tu anak warded, dia terpaksa pergi travel tanpa kami. dia siap cerita dia nangis. sebab kat rumah tak ade anak bini. satu malam je. dia kata hidup dia sunyi macam dalam kubur. aduhai suami. Dulu,suami kerja pasaraya gaji rm900. masa bercinta dia tak pernah berkira sampai la company dia kerja tu bankrap. naik motor je. sampai pernah dia tinggalkan saya tepi jalan. motor matti. dia kata plug terbakar. dia tolak motor sorang2. dia tak nak saya penat menolak juga. saya pun tunggu la bawah pokok sawit.
Setengah jam juga la. asyik kena hon je. malu okay berdiri tepi jalan sambil pegang helmet! Hahahaha pastu dia datang. Saya tahu sebenarnya motor habis minyak tapi saya tak nak la tanya. nanti malu la dia. bila dah kahwin lalu tempat tu, saya tanya “haritu sebenarnya minyak habis kan sayang?” berdekah dia gelak. dia kata mana saya tahu? Hahahaha lawak bila kenang balik. banyak lagi cerita tapi tak pelah.simpan buat kenangan. Susah payah naik motor berhujan beribut. kena simbah dengan air lori. sekarang bila nampak orang naik motor siap bawa anak ke tak ke mesti suami dan saya akan doakan agar mereka semua dimurahkan rezeki.
Kami berkenalan 7 tahun lepastu kahwin. sekarang dah 3 tahun. Apa yang saya nak sampai kan ialah, mungkin rezeki kami sekeluarga murah sebab suami tak pernah berkira dengan anak isteri dan keluarganya. dan mertua pun sangat baik tak pernah masuk campur hal kami sekeluarga. Solat 5waktu wajib.kami akan sentiasa berjemaah.solat dhuha. sedekah dan tak lupa bayar zakat.
Saya setiap hari berdoa agar dia ditempatkan di Syurga sebab saya takut. orang baik ni mesti pergi dulu. tapi dia kata, jangan risau.”abang dah buat hibah. nanti abang men!nggal jadi janda kaya la ayang”
Takpelah sayang. sekarang pun saya dah cukup kaya dengan kasih sayang awak. terima kasih Ya Allah. mungkin Allah ganti insan sebaikmu setelah Allah mengambil arwah abangku yang sangat baik sepertimu. al-fatihah buat arwah abang dan semoga Allah membalas segala kebaikan sayang di dunia. di tempatkan di Syurga dikelilingi bidadari bidadari cantik. Saja post sini sebab saya tak pernah puji dia. saya hanya mampu cakap kat dia terima kasih je dan beruntung saya dapat dia. hihi! kang puji kembang pula! btw suami saya ni hensem, tinggi, kurus. kira laku la dan harap nya dia tak layan la sondol menyondol ni. hihi!sis nebes jugak kadang kadang. tapi takpelah. semua Allah dah tetapkan. semoga hubungan kita berkekalan selamanya InshaaAllah.




