Assalamualaikum admin dan warga krt . Maaf sebab guna fake acc . Saya cuma nak minta pendapat abang kakak yang dah lama berumahtangga . Masalah saya ni taktau besar ke remeh ke . Suami saya tak suka bersama dengan saya . Dia lagi suka dengan dunia fantasi dia . Dalam sebulan sekali je dia nak , tu pun 2minit je . Kalau dia memang taknak bersama saya diam je . Dah faham sangat , dia akan bukak video p0rn dia layan sorang – sorang depan saya . Berlarutan dah 5 tahun perkahwinan.
Saya dah jadi takde nafsu dah . Dah terlalu sakit nak sabar , akhirnya nafsu saya sendiri yang matti . Kalau suami nak pun saya cuma bagi tapi tak ikhlas . 2 minit je bukan lama nak tahan pun . Kalau dengan video p0rn dia , 0nani dia sampai 1 jam pun tahan . Saya ada jumpa pakar kaunseling , dia kata bila lelaki dah ketagihan video p0rn dia lebih berminat dan teransang dengan perkataan luc*h , gambar luc*h , dan fantasi dia je. Dia dah tak berminat dengan pasangan realiti dia .
Jangan kata suami saya kena buatan orang . Saya dah pergi buat rawatan , rumahtangga saya takda masalah . Saya tak cantik , tapi saya tak pernah abaikan penjagaan diri . Setiap minggu saya pergi spa kecantikan untuk tambat hati suami tapi macam tu juga suami memang tak ada scandal hp dia sentiasa ada pada anak anak . Dia bisnesman , masa dia banyak terluang dirumah . Kalau pergi mana mana pun tak pernah tak bawak saya dan anak anak . Anak dah 3 , tapi masih tak berubah . Kalau tabiat suami saya kekal macam tu , saya rela dia matti pucuk dari dia terus abaikan nafkah dia macam ni.
Mana saya nak letak muka kalau mengadu kat pejabat agama ? semua tu kawan2 saya . Takkan saya nak jatuhkan maruah suami saya . Sekarang , saya sikit pun tak kesah tentang nafkah batin sebab saya sendiri yang mattikan nafsu saya . Saya focus pada kerjaya saya , anak anak saya . Cuma saya nak advice dari sahabat sahabat , macam mana cara nak hentikan perbuatan terkutuk suami saya . Saya taknak dia disoal disana sebab culas dengan nafkah batin . Dia baik , suami yang sangat baik . Nafkah zahir tak pernah lupa , baik layan anak anak . Saya taknak bercerai , tu bukan jalan terbaik , masih ada cara kan nak perbaiki rumahtangga saya . Terima kasih .




