Assalamualaikum min mintak tolong hide siapa aku. Aku share bukan nak mintak kesian atas kesalahan sendiri aku harap ada insan yang sudi nasihat dan bagi pendapat terbaik untuk kehidupan aku. Kisah nya bermula bila aku jadi janda di usia yang muda 20 tahun aku sah bergelar janda tanpa ada anak suami tinggalkan aku tak ada sebab munasaba yang aku tau dia cerita aku dekat orang yang aku mandul.
Ya jadi janda muda risiko dan fitnah termasuklah godaan banyak ramai aku berkawan alhmdulillah aku masi ingat batas dan dosa. Sehinggalah aku berjumpa suami aku sekarang, aku kwin dengan dia sebab aku nampak kesungguhan dia dalam mengejar cintaku dengan dia. Lama aku abaikan chat serta pnggilan telephone nya sebab dia masi muda. Tak la muda sangat hihi.
Mei tahun ni aku nikah dengan dia sebelum nikah dia dah usir aku dia dah cakap macam2 kat aku min termasuklah status ku janda, tapi aku pertahankan aku sangka ujian Allah untuk aku rupanya tak ini la dia yang sebenar, masuk bab jadi isteri dia biasalah gaduh manja, dan selang masuk bulan 7 aku diusir aku di hina aku disindir, banyak benda yang dulu dia tak ikhlas korban kan dengan aku, yang paling sedih dia kata menyesal memperisterikan aku aku nangis semahunya min.
Bukan sekali dia sakitkan hati aku berkali2 termasuklah mak mertua aku yang perempuan asal ada orang datang di situla dia tembqk aku. Masa raya ke 10 makcik belah suami ada buat majlis rumah terbuka, di hujung majlis ada la kami berkumpul masa kat ruang tamu ada aku, suami kakak sepupu suami, makcik suami aku mertua perempuan aku dan adik ipar aku usia 5 tahun, cerita punya cerita biasalah mertua ni suka bandingkan menantu, sehingga la mertua aku kata
‘Disebabkan kawin dorang ni aku sampai sekarang tak dpat beli tanah dan laki ku terpaksa keja bertahan dekat compny tu sebab ruma, tak ada kesian langsung sama bapak dorang matanya menjeling dengan aku yang duduk berhadapn dia, Allah hu min malu aku macam aku rasa muka aku cair sebab tahan malu, masa tu makcik suami sempat cubit paha mertua aku tapi dia sempat cebis kata ‘ish’ suami ku cuma balas ‘ sudah takdir aku kawin terimalah’ sedih aku rasa tak nak pijak lagi ruma makcik tu.
Lepas dri kejadian tu dia selalu sindir aku, setiap hari setiap jam ada saja salah ku di matanya. Untuk pengetahuan suami aku anak pertama lelaki dan anak kesayangan mertua ku sebab apa kesayangan sebab dah beribu duit mertua aku labur kan untuk dia dan masa depan nya masa bujang, suami juga selalu bandingkan aku dengan kekasih nya yang dulu dia kata aku gemuk dia kata aku tak cantik tak bergaya tak pakai baju mewah tak pandai bermakeup tak pandai berwangian.
Bukan tak nak min aku paham isi dompet suami bergajikan 1050 sahaja kami perlu tanggung kos belanja ruma lauk hari2 aku tak nak siksa suami. Hampir setiap malam saya pikirkan dosa apa yang saya lakukan sampai suami hina aku . Terlalu besarnya perasaan aku korban, asal silap suami mak mertua tuduh aku. Asal suami tak sentuh masakan nya dia tuduh aku cakap aku hasut dan tunduk kan suami dia tak tahu hampir setiap hari anak nya ungkit kelemahan aku ungkit kejelekan aku.
Aku juga setiap hari takut untuk berhadapan dengan mereka min Sampai lah sekrang pengorbanan aku besusah payah dengan suami tak ada pun benar malahan aku dituduh pembawa mqlang, suami aku cakap dia kawin sebab kesihan dan hatinya tak pernah sayang aku dari dulu. Sekarang suami merantau jauh aku lepaskan dia berkaja jauh hanya kerna dia ingin berbakti untuk orang tua nya nak belikan rumah, sekarang kami tinggal rumah kongsi.
Setiap hari aku lap airmata bagi peluang . Dan setiap kali peluang di beri macam2 tomahan cacian sindiran aku kenak. Aku tak tahan min mental aku koyak hati aku hancur aku takut jadi janda tak nak mak bapa aku nangis masa dlu aku d ceraikan aku juga tak nak keluarga pandang aku menyusahkan mak bapa aku . Aku takut mulut mertua dan suamiku aku tak snggup dengar. Aku harus kemana?
Aku tak tahan setiap kali tercetus nya pergaduhan aku ingat kata2 kesat dorang min . Di bawah aku sertakan ayat yang suami aku perna ungkapkan depan ku Aku tak sayang kau, kau susahkan hidupku, Aku kawin sebab kasihan, Aku benci kau, Kau larilah kemana pun aku tak kan carik kau, Perempuan macam kau di mana2 boleh aku dapat, ramai perempuan suka kat aku lah, kalau mak aku tak suka kau kau blah la dri hidup aku, Aku menyesal kawin dengan kau sebab kau mamak ku selalu badmood, sebab kau aku susah ada harta
Aku taknak anak lagi, Aku belum boleh terima kalau kau mengandung, aku belum sedia, Balik la kau ke ruma mak bapakmu
Aku bosan tegok kau tak pndai becantik tgok ex aku cantik ohh. Aku hanya pernah sayang ex gf aku bukan kau. Semenjak kau hadir dalam hdup ku. aku terbeban
Tq min doakan ketabahan milik aku sentiasa.