Assalam.. aku keliru .. bila mak ayah aku suruh aku tinggalkan suami aku .. ya memang silap suami aku yang kerja tak tetap dan menentu , aku cuba ubah suami , nasihatkan dia, abang kena kerja,. Tapi tekanan daripada keluarga aku , mak ayah aku , mak aku kerap bersuara dan bagi cadangan pada aku untuk aku ke pejabat agama, Mak makin menjadi jadi selepas dapat tahu yang ada seorang cikgu sukakan aku dari sebelum aku berkahwin dengan suami, makin mak menjadi jadi segala keburukan suami aku mak cakap suami pemalas kerja tak bertanggungjawab, apa pun tak ada.
Itu yang selalu mak cakap, dulu suruh aku kawin , sekarang aku dah kawin 6 bulan dengan keadaan suami yang kerja tak menentu mak aku mula bersuara menyesal bagi kawin sebab tak boleh menumpang, Allah lagilah hati aku sakit tertekan dengan apa yang mak dan ayah cakap, bencinya mak ayah pada suami aku, sehinggakan seakan tiada kebaikan yang suami buat, ada sahaja yang tak kena,.. aku tertekan tekanan dengan mak ayah aku . Aku nak ikut suami mak dan ayah tak bagi ,.. ada sahaja alasannya.
Aku nak jaga hati suami aku cakap nanti sayang ikut abang , sayang nak duduk dengan mak ayah dulu , suami faham , tapi sebaliknya hati aku tertekan, aku baru lepas keguguran , aku pergi tau mak ayah, mak tak percaya, mak cakap tu darah period, sampailah muka aku pucat. letih lesu, baru nak percaya, itu pun mak cakap tak payah mengandung tak ada anak pun tak apa suami keja tak tetap tak payah ada anak dengan dia Allah dalam hati aku waktu tu sakit teramat, sedangkan dulu mak yang suruh aku kawin tak payah kawan lama lama . Bila dah jadi macam ni semudah tu mak cakap… Dosakah aku .. aku tertekan .. tekanan sana suami sini mak ayah . Maafkan sayang abang.