Salam min, aku nak minta pendapat skuad bawang untuk beri pendapat dekat aku . aku dah buntu, dah stres. sebelum tu aku nk cerita min, bini aku memang cantik , cakap lemah lembut dengan aku, apa2 pun dia akan utamakan aku dulu min. dulu sebelum kawin aku ada tanya dia, kalau lepas kwn nanti kami duduk rumah mak aku dia ok ka tak? dia jawab dia akan cuba, tapi kalau dia tak selesa macam mana? aku memang ada janji dengan dia, kalau dia tak selesa aku akan bawa dia kluar dari rumah mak aku dan tinggal rumah sewa sementara nak boleh beli rumah sendiri. dalam rumah mak aku min, ada kakak aku dengan laki dia dan anak 2 org. ada adik lelaki aku, adik perempuan aku sorang ni dah kawen tapi tinggal sekali juga dengan mak aku min. adik aku yang perempuan ni tak ada anak lagi .
Diawal perkahwinan aku memang hubungan kami ok. lama kelamaan makin tak elok min. kami selalu begaduh. aku pulak panas baran min. stiap kli begaduh aku akan buat bini aku. aku akan pukul dia sampai dia tidur pun teresak2 ketakutan. begaduh pulak slalu sebab dari orang min. bini aku ajak pindah dari rmah mak aku. dia kata klu aku tak mampu untuk bayar sewa rumah tak apa dia yang bayar. tapi aku buat tak tahu ja. memang dia tak pernah minta apa2 dari aku min, dia bekerja min. kadang duit gaji dia habis dekat aku ja. penah dia merungut dia kata dia tak mau kerja dah sebab dia kerja pun duit gaji dia tak pernah dia boleh beli apa2 untuk diri dia dan family dia. aku marah dia min, aku cakap Dia kena utamakan family aku, aku suami dia, dia perlu utamakan family aku dulu. hari tu dia angin dekat aku min, tu kali pertama dia tinggi suara dia dekat aku. dia kata aku selalu lebihkan family aku , selalu pntingkan mak ayah aku sampai mak pak dia pun aku tak pernah tanya khabar. memang aku tak pernah tanya khabar mertua aku pun min. lepas pada tu memang kami kerap gaduh , bini aku pulak tak habis2 ajak pindah smpai satu hari tu dia tak mau blik rumah mak aku. aku akui memang mulut adik beradik aku macam puaka, tapi dia tetap kena hormat adik bradik aku.
aku terjumpa diary dia , dalam tu dia tulis semua isi hati dia, aku bukan kesian dekat dia min, aku marah dia lagi, . . waktu tu dia tengah mengandung 6 minggu, aku buat dia min, terok. sekarag bini aku dah tuntut fasakh, aku tak nak hilang dia min. aku sayang dia,. tapi dia dah tak ada hati nak hidup dengan aku. memang aku banyak naik tgan dengan dia, . waktu dia dalam pantang tahun lepas aku pernah taboh dia min aku cekik dia waktu dia tengah susukan anak aku. aku marah sangat dengan dia sebab tak nak balik pqntang rumah mak aku min. dia nak pantang rumah mak dia. sepatutnya dia kena adil la. nafkah dia memang aku jarang bagi min. belanja pun bnyak pakai duit dia, duit aku, aku banyak habiskan dekat family aku. aku sedar aku salah, aku tak hargai bini aku. tapi sekarang semuanya telah terlambat. aku rindu anak dan bini aku. family aku suruh aku ceraikan bini aku,. suruh cari yang lagi baik dari bini aku. ayah aku tak bagi aku ceraikan bini aku, dia sayang menantu dia, dia kata dia kenal mnantu dia. ayah aku cakap dia juga kenal perangai anak bini dia. aku buntu min. haruskah aku ceraikan isteri yg sangat baik untuk aku min . haruskah aku ceraikan dia untuk jaga hati adik2 bradik aku? tolong aku.