Hai admin semua.Ini aku pinjam facebook anak buah aku sekejap dari guna facebook aku, aku hendak luahkan sikit cerita kot boleh sedarkan para suami diluar sana sama seperti aku lalui. Ok! Masa baru kahwin hidup aku dengan isteri baik, bahagia. Isteri seorang yang ceria dan mudah terhibur walau aku buat lawak bodoh sahaja kadang2. Aku lepas kahwin jarang keluar lepak bersama kawan2 lain, senang cerita member2 akan bahan kau ini (Takut bini) (Kena control bini) . Sejujurnya min, bini aku ini tidak pernah control aku, cuma aku saja tidak mahu keluar lepak sana sini. Baik ada sahaja depan mata bini dan tengok2 anak.Ya lah bini full suri rumah jaga anak kecil walau seorang.
Tapi kesilapannya mula disatu hari min saat anak aku makin membesar. Walau aku ada dirumah. Sentiasa ada depan mata bini aku tiap hari, aku lupa min. Aku lupa yang aku telah kecewakan bini aku tiap kali aku buat. Bila di belakang bini aku, aku layan website gambar2 bogel perempuan lain, aku tengok gambar2 perempuan lain seksi. Dalam diam aku lukakan hatinya tanpa dia sedar, bila depan bini aku. Aku tetap buat dia ketawa dan dia masih ketawa ceria walau kadang keluh letih jaga anak. Pada satu hari tu. Aku perasan yang bini aku lain, macam tidak ceria. Senyum ketawa pun jarang . Endah tidak endah. Bila aku tanya dia, dia kata dia ok, cuma penat tidak tahu kenapa. Hati selalu rasa tidak sedap, rasa tidak kena. Tapi aku diamkan sahaja buat macam biasa. Satu hari lepas itu, Allah tiba2 dia mengamuk menangis pada aku min, dia check handphone aku dalam diam. Aku kantoi benda2 aku tengok. Dia jadi sedih dan lain. Hati dia tidak ceria seperti selalu yang aku kenal dia. Sampai dia kata “Kalau betul awak macam ini, Allah akan balas, tidak cukup kah ada bini dan apa kurangnya”. (Aku terdiam dan mampu diam) bagi aku lumrah lah lelaki tengok2 sahaja benda2 sedap tapi tiada niat lain. Tapi kini aku menyesal selama aku layan gambar bogel orang lain, bini aku kini berubah. Dia tidak ceria dengan aku meski rumahtangga kami masih bersama. Kuatnya dia min. Sampai satu saat Allah balas atas perbuatan aku kot min.doa bini aku terjawab Aku kemalangan masa balik office naik moto. Patah kaki dan sekarang mata sebelah aku buta min. Aku sudah tidak tahu hendak buat apa. Sebelah lagi masih nampak, cuma tidak jelas. Allah, ini kah balasan atas aku yang tidak bersyukur pada seorang isteri yang aku nikahi, sampai begini.
Tapi kini bini akulah yang sentiasa ada menjaga aku. Walau tiap malam dia menangis kata dia cintakan aku sampai bila2 sebab itu dia kecewa bila aku layan website perempuan bogel2 ini. Aku terus gugur jantung sebab Allah masih beri kesempatan hidup bersama isteri dan anak. Buat isteriku kalau kamu baca cerita ini seakan akan kisah kamu. Abang hendak minta ampun maaf kepada kamu mesti berulang kali perlu abang minta maaf. Maafkan abang kerana lalai kerana tidak bersyukur dikurniakan isteri seperti kamu kerana abang sedar kamu tiada kurangnya. Cukup sempurna. Maaf min terpanjang. Sebab bini aku asyik menangis sahaja bila tidur. Aku buntu, Akulah suami yang membuah khilaf walau hanya kecil atau besar. Hargailah isteri kita walau apa kekurangannya. Bukan kurang apa pada isteri kita tapi kita yang anggap dia ada kekurangan. Sepatutnya kita yang menjaga dan lindungi dia. Sayang dan sentiasa manjakan dia, bukannya cari yang lain . Terima kasih admin.