assalam semua…saya penah post kisah saya di sini 1 ketika dulu yang mana suami saya bkawen 2, walhal dia tak bekerja tiada gaji tetap. sekarang hanya berniaga kecil-kecilan. Apabila semua sedang membaca kisah ini, saya telah pun dilepaskan. semua disebabkan isteri kedua. Terlalu lama saya bersabar, rasanya dah tak tertampung kesabaran yang ada.. kini saya ditinggalkan dengan 6 orang anak yang semuanya bersekolah saya tak penah rasa beban sebaliknya saya cuba berusaha untuk jadi kuat.
Bukan anak saja yang ditinggalkan, hutang sewa rumah yang tertunggak selama 4 bulan pun masih belum berbayar. dia menolak segalanya pada saya dan minta saya jelaskan memandangkan saya da tak nak kembali pada dia.. demi allah, saya lebih rela hidup sendiri dari hidup bermadu. betul lah kata orang bermadu tak semanis yang orang sangkakan. bukan saya menolak poligami. kalau dia ‘mampu’ saya tak kesah. Ini kami makan pun miss.. mampu beli barang dapur untuk seminggu dua je.. pastu?! biarkan kami.
Boleh pulak cakap nak kami belajar berdikari. abis apa tugas dia seorang ketua keluarga? dengan anak bini dan kenapa tak dilayan sama seperti kami? adil ke macam ni? since dia da lepaskan saya, saya cuba kuatkan diri. saya da move on pun. sekarang saya cuba cari kerja yang bergaji hari. sebab anak2 saya perlukan duit untuk biaya sek mereka. saya tak boleh kerja jauh2 sebab saya kene pick up anak2 saya balik dari sekolah.
Saya belum mampu untuk upah orang amik anak saya. sebabnya, dia tinggalkan kami sehelai sepinggang. bukan bagi duit, bagi hutang lagi ade. tunggakan sewa rumah 4 bulan saya perlu jelaskan dengan segera sblm kami diusir keluar. lemah memang lemah tapi saya yakin allah ada di sisi saya. moga allah buka jalan dan permudahkan urusan saya..




