Assalamualaikum Warga KRT. Suami aku selalu berbincang apa-apa dengan mak dia. Kalau hal-hal lain aku tak kisah mana tapi kalau hal anak pun nak berbincang dengan mak dia habistu aku ni apa? Contoh nak hantar anak pada pengasuh, bincang dengan mak dia jugak nak hantar kat mana. Aku ni dah macam tunggul takde function untuk diajak berbincang. Takde peluang langsung nak suarakan pendapat selalu kena bidas especially mak mertua aku tu. Semua nak kena ikut pendapat dia, pendapat aku sikit pun tak nak dengar. Suami aku pulak kalau boleh semua nak ken ikut cakap mak dia even hal berkaitan keluarga kecil kami sebab tak nak mak dia kecik hati.
Satu lagi suami aku kalau nak kemana mana bgtau mak dia je. Pastu terus keluar. Padahal aku ada je kat situ jugak. Dengan harapan aku dengar jugak bila dia bagitau mak dia. Satu lagi, suami aku terlalu sangat jaga hati mak dia sampai dia tak kisah pun pasal hati aku. Pernah satu hari kitorang pegi jalan dan aku ajak selfi tapi dia taknak takut mak dia kecik hati what Even satu snap pun dia taknak Sudahnya aku tak pernah selfie atau bergambar dengan suami aku.
Masa hari raya, aku ajak dia pakai baju sama warna macam suami isteri lain. Tapi dia taknak nanti mak dia kecik hati. Padahal dia pakai baju putih sama dengan mak dia.
Banyak lagi benda yang aku kecik hati sebab dia nak jaga hati mak dia. Tapi aku diamkan je bila dia kata jaga hati mak dia tu. Dia selalu nak aku faham dia dan situasi dia tapi dia tak pernah nak faham aku. Bukan ke dalam perkahwinan tu kena ada give and take. Itu la, jaga hati tapi makan hati.




