Salam admin. Mohon siarkan ya. Aku nk bercakap pasal soal nafkah. Aku dan suami bekerja. Alhamdulillah.. Anak dh 4 orang.. Biasanya setiap bulan suami aku akan setel yuran sekolah anak anak, nursery anak anak, keperluan anak anak, pampers susu, barang dapur dan keperluan rumah y lain. Aku pula akan bayar loan kereta dan loan rumah dan bil bil. Alhamdulillah. Cukup cukup mkn.. Dlm pada yang sama, Suami aku sambung belajar. Kos yuran pengajian satu sem pon dekat dengan RM2500. SO nak harapkan gaji memang tak ckup lah jadi dia buat part time juga.
So bercakap soal nafkah. Rasanya dia tak mampu dah nak bagi lebih. Jadi aku bagi tau dia. Nafkah kepada saya itu wajib . Saya ada duit gaji sdiri. Kalau awak tak bg pon, saya boleh guna duit sendiri. Tapi untuk keberkatan, saya minta awak bagi saya setiap bulan dan saya tidak memaksa berapa pon awak nak bagi. Dia diam.. Dalam hati aku mungkin dia sedang fikir, berapa yang aku maksudkan tu ratus ratus kot. Sebab dia diam. Aku pon cakap. Tak pela. Awak bagi je kt saya RM20 sebulan. Dan memang dia bagi RM20 sebulan kat aku dan dia akan akad “ini nafkah untuk awak”… Nampk sedih ke dengan nilai RM20 tu? Tapi masyaallah.. Bila ada keberkatan. Nilai RM20 tu sangat banyak.
Aku memang guna RM20 tu untuk diri sendiri. Aku masuk shopee. Aku beli mcm macam. Kat shopee kan barang murah.. Huhu.. Bulan lepas aku beli spender buatan jepun kat shopee dapat juga 4 helai RM5 sehelai Memang tiap bulan aku akan spend untuk diri sendiri dengan nilai RM20 tu dan aku tunjuk barang yang aku beli kat dia untuk gembirakan hati dia “ni barang saya beli dengan duit nafkah awak bagi”… Selalu nya aku beli blouse je.. Kt time square blouse RM10 je.
Huhu.. Alhamdulillah.. Hidup kami senang.. Rezeki dia pon murah.. Selagi dia laksanakn tanggungjwb dia untuk keperluan keluarga dan ringan tulang membantu uruskan anak anak, rajin bantu buat keje rumah, Aku pejam mata je setakat nilai nafkah RM20 tu.. Supaya gaji yang dia dapat tu berkat dan cukup.. Terima kasih admin.




