Assalamualaikum admin.. Mohon siarkan kisah saya. Ramai orang beranggapan perkahwinan yang diatur oleh orang tua akan bahagia hingga ke akhir hayat. Ada yang sanggup lukakan hati kekasihnya demi menjaga hati orang tua. Mungkin benar ada yang bahagia, tetapi bukan aku. Hingga sekarang, perasaan bersalah terhadap ex gf namanya maya masih menghantui diri ni. Aku kenal Maya tahun 2007, masa dia sibuk berulang alik berbincang menyiapkan thesisnya dgn supervisornya yang duduk depan bilik pejabat aku. Dipendekkan cerita, melalui member aku tu lah aku dapat mengenalinya dgn lebih dekat dan akhirnye die bersetuju menjadi gf aku walaupun usia kami berbeza 7tahun.
Maya adalah pelajar tahun akhir fakulti pendidikan, anak sulung yang menjadi harapan keluarga untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Sepanjang mengenalinya, tidak pernah sekalipun die mengambil kesempatan meminta wang atau hadiah walaupun die tahu aku mampu beri apa yang dimintanya. Hampir setahun kami berkawan, aku nyatakan hasrat untuk memperisterikannya sebaik sahaja dia konvo, tetapi ditolak. Dia minta tempoh dalam 2@3 tahun. Bagi masa utk dia bahagiakn ibu bapa dan adik2nya dahulu. Ok lah, aku paham anak sulung memang besar peranannya. Tetapi ak minta dia berjumpa dgn ibuku dahulu.
Masa jumpa tu, macam2 yang ibuku tanya sehingga ada hal2 yang menyinggung perasaan Maya. Akhirnya May menyepikan diri, call tak dijawab, mesej tak reply..aku tahu dia memang kecewa dgn sikap ibuku yang menghina keluarganya. Ibuku sebenarnya ada agenda lain, ada calon lain untukku. Aku tiada pilihan, kalau aku bantah, aku akan jadi anak derhaka. Akhirnya aku terima tanpa rela. 2 tahun aku bergelar suami, namun sedikit perasaan sayang pun tak wujud, apatah lagi cinta. Selama 2 tahun tu juga lah, tidak pernah sekalipun aku sentuh isteriku. Kami tidur berasingan. Aku tahu yang isteriku juga sudah punya bf dan mereka masih lg berhubung. Selepas 2 tahun, akhirnya kami ambil jalan berpisah dan bawa haluan masing2. Ya, memang kami langsung tak bahagia dengan perkahwinan yang dirancang keluarga.
Sepanjang aku menjadi suami orang, aku tidak pernah saling berhubung dgn Maya. Aku hanya stalk fbnya sahaja. Maya da jadi cikgu di kampung halamannya, tak jauh pun dengan tempat kerjaku. Sekarang dia dah ada rumah dan tanah sendiri, ibu bapanya juga tinggal dengannya. Segala impiannya dulu telah tertunai. Aku kagum sangat. Cuma dia masih membujang hingga kini. Mengapa? Mungkinkah dia masih ade perasaan terhadapku? Ntah lah Aku pernah jumpa Maya 3 tahun yang lalu aku juga sudah memohon maaf dan sekali lagi menyatakan hasratku namun Maya sekali lagi menolak atas alasan die tak boleh bahagiakan aku dan keluargaku. Mungkin hatinya masih terguris dgn kata2 ibuku dulu.
Baru2 ni aku dapat berita yang Maya warded sebab masalah paru2. Aku pergi melawatnya, tetapi dia sedang tidur. Mukanya sangat pucat. Aku hanya berjumpa dan berbual dgn ibu bapa Maya. Menurut mereka, Maya memang sayangkan aku.. Tapi Maya pernah kemalangan dan ada masalah tulang belakang serta masalah r@him. Andainya dia berkahwin, dia tidak boleh melahirkan anak. Sejak tahun lepas, Maya diuji lagi dgn masalah paru2. Sebab tu lah, dia sentiasa mengelak utk berjumpa denganku. Sebenarnya selepas mendengar penderitaan M, perasaanku jadi tidak menentu. Rasa sayang semakin kuat. Jujur aku katakan aku memang nak dia jadi isteriku yang sah agar aku dapat merawat dukanya.
Tetapi bila ku nyatakan hasrat itu kepada ibuku, terus ditolaknya. Katanya kami tidak setaraf. Aku tak tahu setaraf yang bagaimana lagi yang ibuku mahukan. Maya sekarang cikgu, aku pula lecturer, kalau difikirkan memang sepadan. Aku jadi serba salah. Dia ibuku, orang yang mengandung, melahir dan membesarkan aku. Kalau ingkar, aku takut jadi anak derhaka yang tidak akan cium bau syurga.
Tapi Maya adalah cintaku, May impianku yang tertangguh hampir 10tahun. Apapun kekurangan Maya, aku ingin menjadi pelengkapnya. Tapi, aku benar2 tersepit.




