Warkah terakhir buatmu insan yang bergelar suami. Abang. maafkan saya andainy selama kita hidup bersama, saya tidak menjadi seorang isteri yang sempurna dimata abang. walaupun abang perlakukan saya sedemikian saya tetap bersama abang semata2 untuk merasa bahagia seperti pasangan lain. saya terus bersabar dengan setiap permainan yang abang cipta kerana memikirkan nasib anak yang tidak berbapa. Tapi bila saya fikirkan untuk apa saya bersabar dan berharap lagi kerana dari dulu smpai sekarang abang lebih pentingkan diri dari anak2. Abang tak pernah ambil tahu anak makan ke tak susu dia ada ke tak yang abang tahu perut abang dah kenyang, rokok abang dah ada.
Saya terus bersabar dan bersabar walaupun hati saya dah terlalu kosong untuk abang dan kini saya terpaksa buat keputusan yang abang sendiri tak mampu buat. baik saya pergi. mungkin sebelum ni saya pergi dan kembali pada abang selepas mendengar pujuk rayu abang, tapi saya minta maaf andai kepergian saya bersama anak2 hanya terbalas dengan surat dari mahkamah. saya minta maaf saya tak mampu untuk terus menjadi tunggul tanpa mampu membela nasib anak2. Semangat saya lebih kuat bila saya usulkan pada abang untuk balik pada keluarga saya dan bina hidup bru bersama anak2 dan abang balas dengan tidak membeli apa2 keperluan rumah smentara saya dgn anak2 masih ad disini menunggu saat untuk pergi.
Abang biarkan dapur kita kering dan tenat dengan stok makanan. abang dapat gaji abang diamkan abang bawa pergi duit tu mana je abang pergi kerana apa? takut saya usik gaji tu kan? tak ape abang. saya dah terbiasa sejak dari mula kita nikah,,bab gaji abang telalu sayang untuk berkongsi dengan saya dan anak2, kalau bagi pun abang akan mengungkit kemudian hari. selama saya jadi isteri abang, saya dah banyak kehilangan apa yang saya ada. kereta saya dah jual satu satunya harta yang saya dapat dengan usaha sendiri saat ditgglkan suami dulu bersama anak yang masih dalam perut, hanya kerana mendengar kata ibu abang suruh saya jualkan kereta tu semata2 tak bagi beban pada abang untuk sambung bayar, jadi saya rasa ckuplah takat ni je. saya dah tak kuat untuk terus…
Buat ibu mertuaku. Ibu cukup baik, layanan yang sangat menyenangkan saya walapun dibelakang saya macam2 ibu jajakan. tak ape ibu, saya halalkan. kalau ikutukan hati ini saya dah pergi saat dihalau oleh anak ibu sebulan selepas kawin hanya kerana saya dapat tangkap dia bersama perempuan lain di hotel. segala bukti cukup ditangan. Tapi bila saya ceritakan ibu menganggap saya yang jahat kerana menabur fitnah. saya cuba untuk tunjuk bukti yang ada tapi ibu t menidakkan apa yang anak ibu buat “dia anak ibu, ibu kenal dia, dia tak kan buat semua tu” ya! itulah yang buatkn saya mengalah. melihat pada emosi ibu yang tak menentu saya mengalah.
Ibu takut sangat saya dengan dia berpisahkan? sebabnya sebelum ni anak ibu pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak 2 kali. bekas isteri pertama dikatakan tak,sanggup hdup bersama kerana anak ibu hanya pemandu lori, bekas isteri ke2 dikatakan memb0m0hkan anak ibu. dan saya isteri ke3 apa yang ibu nk katakan?saya teruskan bersama dgn anak ibu hanya krn nk jaga air muka ibu dan ayah…biarpun hdup saya senyuman saya hanya berpegang pd watak lakonan smata2. tapi kini saya dah tak kuat. hadirny insan baru nak mengenal dunia tapi diawal permulaan dia, anak ibu dah acuh tak acuh untuk bagi segala keperluan dia. hanya sepasang baju yang dia dapat dari anak ibu iaitu ayah dia sendiri. kini dia dah 7 bulan, rezki dia murah walaupun ayah sendiri tak ambil tahu sgala pakaian, buaian semua pemberian orang.
Tuhan hadirkan insan2 yang pemurah kerana Dia tahu saya tak boleh harapkan ayah kandung sendiri.. apa lagi yang harus saya tunggu kalau anak dia sendiri dar@h daging sendiri pun dia buat tak tahu. saya mnta maaf lagi skali kerana terpaksa pergi dari tmpt yang bukan untuk saya. wlaupun pemergian saya kali ni diiringi kebencian ibu yang amat dalam. saya tak mampu untuk jelaskan kenapa saya hrus pergi. biarlah ia menjadi rahsia. kerana hanya Dia yang tahu tiap perjalanan yang saya lalui bersama anak ibu…
Buat ipar2ku. Akak tau korang sedang membenci akak. tak ape akak tak kan pernah sesekali ambil hati kerana korang dah bnyak tlg akak..akak dh malu ibarat hdup mengemis di tempat orang sedangkan punya suami. tapi pesan akak. korang jangan terlalu cepat menghukum akak atas crita yang korang dengar dari mulut abang korang. korang belum kawin. perjalanan masih jauh. Andai bertemu jodoh dengan insan yang baik dan bertanggung jawab itu adalah pakej untuk kehidupan korang akan datang. tapi seandainy jodoh korang seperti suami akak iaitu abang korang. saat tu baru korang tahu kenapa akan pergi…
Buat admin. thanks sebab sebelum ni pernah kuarkan cerita2 saya dan alhamdulillah semangat saya buat keputusan terakhir ni banyak dari dorongan positif warga2 krt. Doakan perjalanan hidup saya bersama anak2. walaupn saya tahu permulaan untuk hidup baru ni amat menyakitkan. tapi demi anak2 mama akan kuat seperti sebelum ni Wassalam..




