Asalamualaikum admin, saya Brumur 18 tahun, saya dah mengada2 nak kahwin. Maklumlah gila bercinta dan sayang nak lepaskan, kena pula saya masih mentah tak berakal. Apa nak kisah soal lain kan? Perkahwinan yang saya harapkan untuk mendapatkan kebahagiaan musnah dipertengahan jalan. Mendapat seorang suami yang gagal menjadi imam, yang gagal mnjalnkan tangungg jawab, melindungi, megasihi, jauh sekali untuk mendidik, lebih malang lagi bila mendapat suami yang hanya hidup mementingkan diri sndiri, sering mendapat perhatian dari emak ayah dia walupun sememang nya dia yang bersalah, dan paling teruk main barang. Memang masa tu saya bdoh dengan cinta. Makanya saya banyak mengalah, pejamkan mata, pekakkan telinga dan bisukan mulut apa saja yang suami, mentua dan ipar duai buat dan mgata.
Mgkin juga ckup 2 tahun itu Allah swt beri saya kekuatan dan petunjuk, agar saya keluar dari khidupan itu. Makanya saya nekad bawak diri bersama dengan seorang anak dan juga kandungan yang saya kandung. Saya harap bila saya sdah berada didakapan keluarga, kedaan akan baik dan tenang, tetap ianya merubah kehidupan saya bila anak saya dirampas dengan kejam dari pihak sana. Apalah kudrat saya, apatah lagi terpaksa meggunakan khidmat peguam. Dan akhirnya saya mengalah juga dengan meyedapkan hati, saya masih ada zuriat dalam kandungan saya. Alhamdulillah, Saya dapat seorang anak lelaki. Baru la saya tahu kenpa Allah takdirkan saya mendapat anak lelaki, sedangkan saya inginkan seorang anak perempuan.
Anak saya tidak langsung dianggap darah dagingnya sendiri, dan tidak mengaku itu keturunannya. Ya, tak mgapalah Biarlah segalanya Allah swt yang uruskan. sejak itu saya la ibu, saya lah ayah. Membesarkan anak saya seprtimana para ibu yang lain. Tapi sejak umur dia mnjangkau 6 tahun, dia tiba2 mnjadi seorang yang agresif. Ya, saya akui, mungkin salah saya yang kurang berikan perhatian dan bimbingan kepadaanya.
Dalam pada masa yang sama, setelah bebebrapa tahun hidup menyendiri, saya bekenalan dengan seorang anak muda yang lebih muda dari saya 6thn. Dari usik mgusik, akhirnya menjadi serius. Dalam sesekali ada ketegangan, saya tetap pertahanakan. Ya, saya akui, walupun sudah tua ketika itu umur saya 28 tahun adakalanya saya tidak berfikiran matang. Dan disebab kan itulah banyaknya perkara terjadi dalam hubungan kami. Dan akhirnya saya juga yang mengalah. Dan paling serius, apabila penerimaan dia terhadap anak saya. Boleh saya katakan 50/50. Masa tu saya tersepit di tengah2. Dikiri anak yang agresif, di kanan bakal suami yang sedikit barannya.
Pernah hampir putus tunang, tetapi saya merendahkan maruah saya. Saya saggup melutut demi mempertahankan ikatan pertunangan itu. Ya, ianya kerana cinta dan sayang. Bukan kerana duit dan harta. Demi Allah saya pandang smua tu. Saya yakin dia adalah jodoh saya apbila Allah memberi petunjuk melalui istiharah saya.
Akhirnya kami bersatu juga. Kadang kadang bahagia, kadang kadang tetap ada juga duka. Ya, mungkin juga berpunca dari saya. Alhamdulillah, dari kesabaran yang Allah beri, dalam setahun perkahwinan, rezeki kami tetap ada. Saya di sahkan hamil. Selepas melahirkan anak beberapa bulan kmudian, rezeki Allah taala bila suami dapat pekerjaan yang baik. Tapi kerja itu tidak brtahan lama bila ada yang bermusuh dengannya. Ketika saya sedang sakit, ketaka itulah orang ambil kesempatan untuk menjatuhkannya. Tapi kami tetap redha.
Dan tidak smpai sebulan, rezeki Allah swt datang lagi. Dengan berkat doa dan sabar, suami mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan. Dan bermulalah kami berpisah dalam jangka panjang. Sepanjang itulah saya menjadi ibu dan menjadi ayah. Mungkin kelekaan saya lagi, anak lelaki saya semkin agresif. Apatah lagi ayahnya tiada.. kali ini terasa makin kuat ujian saya apabila suami tidak lagi mahu berkata apa apabila mengenangkan keadaan anak lelaki saya. Terasa luluh perasaan ini. Ya..luluh teramat.!
Jika selma ini saya boleh bertahan dengan apa saja dugaan dan ujian di depan mata, tetapi suami pula, kalah dengan dugaan punya anak tiri seperti ini. Serasa bagaikan keseorangan saya disini mengenangkan nasib. Kalau selama ni saya tertekan dengan gaji suami yang ditahan selama beberpa bulan, tetapi rupanya dugaan anak ini lagi hebat buat saya. Ya..memang hebat sangat hebat.! saya bagaikan tersedar, sseeloknya biar saya seorang menanggung dugaan ini tanpa melibatkan sesrorang yang bernama suami, apabila dia sendiri tiada apa lagi nak dicakapkan.
Kenapa dalam saya menghitung hari menanti kepulangan suami disisi, tetapi dugaan ini yang terpaksa saya lalui? Apakah dosa saya? Terfikir sejenak, pernahkah saya mengabaikan kedua ibu bapa saya maka, Allah swt menghukum saya dengan ujian sebegini rupa? Demi Allah, bukan duit dan harta saya kejarkan didunia ini,. tetapi ckuplah dapat menerima kekurangan saya dan anak saya yang memerlukan perhatian. Bila saya mgenangkan perjalanan hidup saya dari dulu hingga ke saat ini, saya akui, memang bnyak salah dan silap saya. Tapi kenapakah anak saya yang menerima ujian ini.. Berdosakah seorang anak apabila bersifat agresif Apa lagi yang mampu saya lakukan melainkan mohon kekuatan untuk terus saya bersabar dengan ujian ini. Andai kata sememanya memang berat ujian ini buat suami yang saya cintai, saya sggup mgundur diri, agar dia tidak perlu lagi berhadapan punya anak seperti ini.. ???




