Salam admin. Tolong siarkan. Tq Salam semua. Harap2 bekas suami dan perempuan yang saya impikan baca. Amin..Saya Amin, 30 tahun bekerja di Bangsar. Ada business sendiri. Kenal si dia di sebabkan dia dalam sector yang sama dan pernah bekerja di company yang aku deal sekarang. Aku suka dekat dia, panggil dia Aminah la senang. Aminah ni, kehulur kehilir bawa anak2 dia, 2 orang bila keja dan buat partime.
Dia buat partime dekat company lama dia (tempat aku deal client). Manis rupanya, selalu tersenyum, yang buatkan aku tertarik, dia tak melayan lelaki. Jaga batas pergaulan dia. Selama ini aku ingat dia ada suami, rupanya dia dah bercerai. Allahuakhbar. Aku dapat tahu dia becerai bila dia kena isi form. Baru 3 bulan becerai, mungkin masih dalam iddah. Aku cuba dekati dia, dia lembut tolak aku, nampak dia tak selesa fapi aku tetap gigih cuba dan cuba.
Baru-baru ini budak office cakap, dulu dia pernah ada problem dengan suami sampaikan suami call office. Aku kesian tengok dia dalam masa yang sama aku suka tengok dia. Aku cakap dekat dia, aku nak kahwin dengan dia. Dia gelak. Dia kata, dia ada suami. Masih ada suami. Aku pelik, kalau suami dah buang, dah becerai untuk kali kedua, suami tinggalkan dia dengan anak2 yang kecil and masih baby, kenapa masih nak tunggu? Aku cari bekas suami dia, dekat fb.
Aku minta izin untuk bekawan wow suami dia dengan ego bukan main salahkan semua pada bekas isteri sedangkan bekas isteri langsung tak burukkan dia. Then kenapa masih berharap pada bekas suami yang perangai macam ini? Doakan aku makcik pakcik bawang, bagi si Aminah lembut hati untuk terima aku.
Untuk bekas suami dia, bro. Memang bekas isteri kau tak nak aku tapi dia tetap tunggu kau. Berubah la bro selagi masih ada masa. Nak sampai macam mana lagi dekat isteri bro? Isteri tu executive, buat partime pulak, dengan anak2 lagi, tak cukup ke dia cari rezeki untuk anak2 kau bro? Tapi sekiranya iddah dia dah habis, aku akan masuk line and cuba sampai dia jadi isteri aku. Doakan aku semua.




