As slm admin..saya harap identiti saya dirahsiakan.. saya cuma ingin meminta pendapat sahabat2 di group KRT ni. Saya seorg ibu beranak 2. yang pertama berumur 4 tahun dan yang kedua berumur 2 tahun.. saya dan suami berkahwin atas dasar cinta.. dah hmpir 8 tahun bersama.. suami seorang yang agak baran dan suka mencederakan saya.. sejak 3 bulan usia perkahwinan saya, saya sering dipukul.. saya pernah ditinggalkan dirumah tanpa beras dan makanan lain sehari semalam.. masa tu saya tidak bekerja.. saya juga pernah ditendang didepan ayah kandung saya tapi disebabkan ayah uzur, ayah tak dapat mempertahankan saya.. saya pernah ditumbuk bertubi2 dikepala sewaktu tengah mengandungkan anak kedua saya juga pnh dibaling dengan periuk nasi sewaktu sedang berpantang.. kepala saya juga pernah berdarah kerana ditolak kedinding, saya pernah dicekik dan hampir tidak bernafas..
saya ukur Allah memanjangkan umur saya.. suami adalah seorang yang sukar mengawal baran tetapi seorang bapa yang amat penyayang pada anak2nya.. dia tidak pernah memukul anak2nya.. saya seorang ibu yang bekerja, kadang penat kadang tak terkawal emosi, mengharapkan suami memahami tapi saya dipukul bila meluahkan rasa penat.. selama 8 tahun bersama juga hanya 2-3 kali saya lihat suami bersolat.. dia sangat jauh dari agama.. akhir2 ini saya ingin berubah.. kian mendekatkan diri pada Allah.. tapi dia tidak pernah menyokong malah saya dimarahnya kerana katanya saya bersolat lama dan abaikan tugas juga anak2 dan adakalanya dia sangat baik pada saya dan anak2.. ikut apa jua kemahuan saya dan anak2.. tapi saya tak larat menahan sakit dipukul.. adakah lelaki begini akan berubah? Haruskah saya menfailkan penceraian? Jika fasakh yang saya tuntut, adakah saya berhak menuntut nafkah untuk saya dan anak2 nnt? Dan bolehkah saya menuntut harta sepencarian?




