tq min. Saya seorang suami, saya nak luah apa yang selama ni terbuku dan rasa patut diberitahu pada isteri2 diluar sana sebagai kesedaran. 2 tahun lepas saya ada bernikah dengan sorang wanita cantik yang sangat mnjaga penampilan diri berkulit pulih ala2 korea jaga badan tip top orang kata belum ada anak.. masalahnya sini, dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja, usaha habiskan duit untuk putih, pakaian jenama, komestik semua. ya saya tak kisah min saya tau dia buat suma tu untuk saya. tapi saya stress min dia tak jaga makan pakai saya.
Bila saya balik keja penat lapar balik rumah tak masak dan dia tak, ada rumah asyik berzumba untuk kuruskan badan. baju sampai naik bintik tak basuh. Saya pergi dobikan. Lepas pada tu hari2 saya tapau ja nasi kat kedai kawan saya balik makan kat rumah. malam pergi dobi. puas saya nasihatkan. dia tengking saya jadi gaduh. dia duk rumah pun macam tak ada. Update fb lepak starbuks la mcd la. buat macam orang bujang. Saya dambakan isteri yang sentiasa ada disisi macam ibu saya masakan dan layankan bapak saya makan.
kalau dia di rumah pun asyik fon tgk live make up. ya kalau keluar mana2 orang asyik puji saya bertuah dapat isteri cntik tapi dorang tak tau cantik luaranya sahaja tapi aku merasa tekananya. satu hari kami bergaduh besar kes saya tegur dia cuci peti sejuk. sebab penuh dengan plastik air dan makanan bungkus spi busuk peti. dia marah saya cakap tu bukan keja dia minta maid. saya tak mampu.
Saya geram tak pagi keja hari tu saya kemas dapur. dia boleh nak keluar me time dengan kawan2 dia. dah tu berang saya ceraikan dia hari tu juga, dia cakap rugi la saya sebab dah tak dapat isteri secantik dia dah lepas ni. lepas 4 bulan bercerai masuk saya jodohkan dengan gadis kat kampumg. gemuk kulit sawo matang. memang beza la kurang cntik dari isteri dulu. tapi saya bahagia sangat.
Sekarang min sebab isteri saya sentiasa ada dengan saya. balik keja makanan terhidang. baju dibasuh. rumah kemas Alhamdulillah syukur sangat wlupun yang sekarang ni tak cantik luaran tapi saya amat bahagia. hingga bekas isteri cakap saya dib0m0hkan isteri baru ni sebab tu h0d0h2 pun saya suka..tak min saya sayang isteri saya sekarang sebab dia pndai ambil hati saya, pndai jga mkn pakai saya..lg satu dia taklupa tuk igtkan saya wktu solat dan mghadiri kelas mngaji bukan kelas berzumba. Syukur ya Allah.




