salam Admin . tolon hide profile saya . tq sebab siarkan kisah saya. saya post kisah saya di krt untuk pengajaran buat semua . Nama saya D, saya seorang mualaf . sebelum masuk islam hidup saya sangat2 sosi@l, club, arak, r0k0k tu dah jadi sebahagian dari hidup saya. Masa umur 20 saya masuk islam. saya tinggalkan kehidupan lama saya, tinggalkan kawan2 dan family (tinggalkan family sebab parent tak setuju saya masuk islam). Di tempat baru saya jumpa kawan2 baru ( kawan talam dua muka) , saya pergi kelas agama dan alhamdulilah saya dah 80% berubah. solat 5 waktu tak pernah tinggal, pakai jubah, tudung labuh, dan dalam hati ada niat untuk berpurdah.
Di tmpt baru saya mengenali seorang lelaki dan kami bercinta dan dari situ Allah Uji lagi keimanan saya Kami terlanjur dan saya mengandung. Masa tu saya taktau nak buat apa, hanya tau nangis tiap2 hari. lelaki tu nak bertanggungjawab tapi saya minta masa untuk berfikir. 1 malam saya befikir nak kawin atau gugurkan? Dan akhirnya saya dapat jawapan , saya tak mau gugurkan sebab d0sa dah terlalu banyak dan kalau gugurkan kandungan tak mustahil saya akan ulangi kesilapan yang sama , saya tak mau d0sa saya tak ada penghujungnya dan saya tak mau kawin sebab lelaki tu takkan bagi nafkah untuk saya dan Family dia tak setuju kami menikah sebab family dia dahh ada calon untuk dia.
Saya tak mau makan hati sepanjang perkahwinan kami. saya memilih untuk pergi bawa anak dalam kandungan, tinggalkan dia block fb wasap dia. Seminggu saya pergi bercuti tenangkan fikiran dan selepas seminggu saya kembali cari rumah sewa baru , kerja baru. Alhamdulilah Allah permudahkan urusan saya, selama 9 bulan mengandung susah senang saya tempuh sorang, anak dalam perut menjadi semangat saya untuk teruskan hidup. Masa bersalin , masuk ward saya pergi sorang2 . nurse tanya mcm2 saya angguk senyum je. saya ditahan di ward selama 5 hari sebab takde waris.
Dan alhamdulilah Kakak saya dtg jadi waris. saya berpantang sorang2 , cek up kuning anak sorang2 . orang sekeiling pandang serong. aku buat dek je sebab bukan dorang boleh rasa apa yang aku rasa. Sekarang anak saya dah berumur 2 tahun. Alhamdulilah saya tak pernah rasa susah atau terbeban untuk besarkan anak saya. sekarang saya pergi kelas agama lagi dan Family dah terima saya lagi . Alhamdulilah syukur Doakan saya untuk tetap istiqomah. sekarang saya belum jumpa mna2 lelaki yang betul2 ikhlas menerima saya dan anak lagi.




