Salam min tolong siarkan. Agak2 boleh ke saya terima balik mak mertua saya? Dengan perangai kakak ipar saya yang macam sampah! Macam ni mak mertua saya seorang yang kedekut dengan suami, saya dan anak saya. Macam haritu mil dapat 8k saya cuma nak pinjam rm150 saje untuk scan anak dalam perut tapi dia cakap duit dah habis. Beli baju anak pun tak pernah sampai anak saya sekarang dah 8bulan. Sedangkan kakak ipar saya dia boleh je bagi 1k padahal kakak ipar masih belum berkahwin.
Masa saya sarat mengandung saya sorang buat kerja rumah (masa duduk umah mak mertua) , kena mki, kena perli, pernah kena tampar dengan kakak ipar , kena mki dengan kakak ipar depan orang ramai, kena tendang dengan kakak ipar kat peha, kena hina sampai mak mertua suruh saya tinggalkan mak saya ataupun dia ugut dia nak amik anak saya.
Sampai suami pun kakak ipar suruh ceraikan saya tapi suami taknak ceraikan dia yang nak uruskan cerai kami tapi suami tetap buat tak layan dengan kata2 kakak ipar so kakak ipar dah tak anggap suami saya adik dia. Kakak ipar perli saya dengan suami dalam group family sedangkan dia hari2 bawak laki lain masuk bilik tapi mak mertua buat tak tahu je. Mak mertua n kakak ipar saya pun hisap batu.
Maaf tak ade niat nak buka aib tapi saya tak nak orang cakap yang saya salah sebab tak jaga hati keluarga mertua sampai mak mertua layan macam tu. Saya kenal keluarga suami 6 tahun pernah jugak kena macam ni sbelum ni sampai mak mertua saya saje lalu depan tempat kerja saya nak begaduh dengan saya masa belum berkahwin . Dorang agak dengki dengan saya sebab suami lebihkan saya.
Suami sakit mak mertua call suruh datang rumah jaga suami, masa kecik bukan mak suami jaga suami dengan adik beradik dia tapi kakak mak mertua yang jaga mereka sampai mereka besar. Bila bapak mertua saya lari baru dia cari anak2 sebab nak anak2 yang jaga dia. Makcik suami cerita yang mak mertua pernh berniat nak hantar adik beradik suami termasuk suami ke rumah anak yatim.
Bila saya menjawab balik mak mertua dengan kakak ipar selalu nak kaitkan soalan “anak lelaki tanggungjawab besar dekat mak dia bukan isteri, mak tetap no1 bagi anak lelaki ” dia dah tahu salah dia bila saya menjawab tu je soalan nya suami pun malas nak layan. Dorang nak mki saya tak ape tapi cakap kluarga saya macam2 pulak tu. Keluarga saya sangup habiskan 14k untuk saya, suami dan anak saya aslkan kami bahagia.
Mak saya yang kahwin kan kami sebab kami dah terlanjur sehingga mengandung mak sedih sangat tapi mak mertua macam tak heran sebab kakak ipar yang sulung dah ada 3 anak semua anak tak sah taraf. Mak mertua pujuk suami suruh duduk sama tapi saya tak nak sebab kami yang dah berkahwin kena tidur ruang tamu anak perempuan dia yang belum berkahwin tidur dalam bilik dengan lelaki yang bukan muhrim tapi alhamdulillah mak saya berjaya rampas hak mak saya untuk jaga saya dan anak saya.
Tapi sekarang ni mak mertua bila chat dengan suami mesti dia buat2 tanya anak sedangkan sebelum ni tak pernah tanya dan mak mertua ajak saya dengan keluarga pergi rumah mak mertua hari pertunangan kakak ipar yang jahat tu. Tapi saya tak nak saya benci kan mereka walaupun kekadang saya kesian. Mak mertua hanya sekali je jumpa anak masa saya baru lepas bersalin sebab rumah kami jauhh.
Dan saya tak nak tengok muka dorang dengan kata2 kesat mereka pernah cakap kat saya buat saya benci sangat kat mereka. Last kata2 kakak ipar ke pada saya ialah ” aku haramkan semua yang aku pernah bagi dekat kau anak beranak , lepasni kau laki kau dengan anak kau boleh pergi mat!” apa yang satu keluarga mertua pernah tlong saya semua dorng ungkit dorang haramkan semua.
Sedangkan mereka susah saya curi beras mak saya, cili, bawang, dan duit saya jugak pernah saya korban kan masa dorang dduk sebelah flat saya. Kakak ipar siap kaitkan lagi ” mak aku tnggung dosa z1na kau ” abistu dia ? Tak berz1na ke? Berz1na. Tapi masih belum mengandung so orang taktahu aib dia allah masih tutup. Abistu mk bapak aku tak tnggung dosa aku ke masa kitaorang belum kahwin?
Disebabkan perangai dorng saya koma lepas bersalinkn anak saya dan meroyan. Allahu seram bila ingatkan balikk. Pernah berniat jahat kat anak masa tu . Darah tinggi teruk smpai dokter cakap boleh mat! atau sawan. Tapi alhamdulillah selama kat dalam hospital banyak nurse datamg layan ddngn baik sebab tahu saya teruk. Tumpah darah lagii.
Pendapat please perlu ke saya nak berbaik dengan mak mertua ? Disebabkan mulut kakak ipar saya , saya jadi benci teruk kat satu keluarga suami. Mak mertua pun pandai bodek anak2 buat ayat sedih dkt anak2 tapi kalau anak dia buat salah lngsung tak nampak salah anak orang nampak je. Dan perlu ke nak bagi dia jumpa anak saya? Saya takut dia bawak lari je.