SALAM semua. Aku ni umur 42 Anak 3 orang. Aku ni kerja tetap kira stabil lah gaji tetap. Bini aku pula surirumah sepenuh masa. Masalah aku ni. aku sudah bosan dengan Bini aku, dia cakap lah baik macam manapun aku, Dia Buat baik macam manapun sikit pun tidak membuat aku sayang dia. Kami jarang bercakap sebab aku tidak suka dengar dia bercakap. Bini aku ni gemuk 96kg,
Pendek, muka berjeragat Dan buruk, aku
jarang bawa Bini dan Anak berjalan sebab aku malu ada Bini h0d0h dan gemuk. Aku tidak mau kawan2 nampak Bini aku.
Kadang2 aku cakap pada orang Bini aku tu makcik aku sebab aku malu mengaku.
Sekarang ni aku bercinta dengan gadis umur 25 tahun dia sangat cantik halus mulus badan ramping Dan gadis tu cakap jika aku ceraikan Bini Ku, dia sanggup jaga anak2 sebaik mungkin. Dengan gadis ni aku sangat2 happy sampaikan setiap bulan aku bagi dia duit saku. Bini aku pula aku tidak bagi jika dia tidak minta dan ajak aku bagi Bini duit pun rm50 saja ,aku siap warning jangan beli yang bukan2 selain makanan anak2. Aku kadang rasa jaga kasihan pada Bini aku kadang2 tapi itu saja cara aku bagi signal pada dia yang aku Dan bosan hidup dengan dia selama 10 tahun ni.




