Assalamualaikum admin, tolong hide profile saya.. saya nak minta pendapat harap admin postkan di wall.. saya masih belum berkahwin. Saya berkenalan dengan suami orang. Saya tahu salah bila berhubungan dengan suami orang, tetapi dalam ramai2 lelaki, memang suami orang ni lah yang memahami. Ye memang suami orang ni dah ada pengalaman dalam rumah tangga dan cara melayan disebabkan itu saya terpikat setelah bertahun saya berkenalan dengan dia saya rasa saya ingin berjauhan dengan dia kerana memang kami tidak akan bersama, walau saya dan dia tahu kami memang tidak akan pernah bersama, tapi kami tetap bersama, jika saya ada masalah, memang saya akan bercerita kepadanya dan dia lah juga yang akan tenangkan saya boleh dikatakan dia dapat memberi apa yang saya ingin selama ini.
Sampai satu saat saya sedar sampai bila saya dengan dia akan begini, dan sudah pasti tahu bahawa tidak akan bersama kerana antara kami memang complicated, family saya memang akan menentang jika saya sanggup bermadu begitu juga family sebelah dia. Saya sedih, smpai bila harus begini dengannya. Hubungan yang tiada penghujungnya, saya cuba elakkan diri daripadanya, jauh kan diri.. tetapi bila saya jauh darinya dia semakin dekat. Malah kerjanya juga dipindah dekat bersama saya. Lagi saya buntu dan sedih. Sungguh saya tidak kuat jika hati saya disentuh olehnya lagi. Memang benar tindakan saya ni salah dengan mengenalnya, juga melukakan hati isterinya dan banyak pihak lagi..
memang mudah bercakap ambil hak orang, sondol hak orang. tetapi percayalah, bila bermain bab hati, fikiran ketepi. Akhirnya menyesal tak sudah, tetapi bagi saya tiada perkataan menyesal kerana saya rela kenal dengannya. Dan sekarang. Saya buntu, bermacam cara saya buat untuk lupakan dia, jauh darinya.. tetap tidak boleh. Apa perlu saya buat.. saya harap ada yang lebih lagi memberi semangat pada saya terutama ibu atau isteri.. memang marah itu ada. Saya akan faham..




