Assalamualaikum admin. Hidekan profile saya. Saya inginkan pendapat dan nasihat dari semua. Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun, tiada rezeki zuriat. Ceritanya begini, suami menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Perkara ini si suami perempuan itu pun tahu. Kata suami mereka hendak bercerai tapi sampai sekarang tidak bercerai pun. Suami perempuan itu pernah buat kecoh pasal ini dekat family saya. Sampaikan abang2 saya angin dengan suami tapi masa ini suami tidak mengaku dia dengan perempuan itu. Kecoh pada malam itu. Semua hal ini tersebar luas, family arwah ayah saya dan family emak saya tahu hal ini. Saya rasa malu sangat2.
Dalam beberapa bulan selepas itu, perempuan itu ingin berjumpa dengan saya , katanya nak selesaikan masalah. Saya pergi dengan suami tapi masalah makin rumit, tidak selesai juga masalah. Malam kejadian itu, suami seperti orang yang tidak terurus macam orang gila. Bila perempuan itu balik macam itu sahaja, bila di tanya suami apa yang dia hendak sekarang ini. Ada juga suami kata hendak kahwin dengan perempuan itu. Kalau saya tidak setuju, biarkan saya dengan ibu dan ayah dia. Untuk pengetahuan semua saya dan suami duduk bersama ibu dan ayah suami.
Macam itu sahaja jawapan dia. Sakit betul hati saya masa itu tapi saya layankan sahaja kepala gila dia itu. Sampai lah sekarang, hampir 2 tahun perkara itu terjadi. Saya ingatkan perempuan itu sudah tidak ganggu rumah tangga saya, rupa2 nya masih lagi diorang berhubungan. Saya pernah tanya suami suruh buat pilihan, antara saya atau perempuan tu tapi masih tiada jawapan. Saya tiap2 hari makan hati dengan sikap dia. Saya tahu dia sayang saya tapi sepertinya dia tidak tahu hendak buat pilihan. Saya ada cakap sudah2 lah buat dosa. Perempuan itu isteri orang tapi jawapan dia cakap, saya ini siapa hendak tentukan dosa pahala.
Saya banyak nasihatkan dia tapi dia cakap cermin diri tu dulu. Saya masih sayangkan rumah tangga saya, saya tidak mahu sampai berpisah. Saya pernah whatsapp perempuan itu suruh lupakan suami, jauhkan diri dari suami, yang saya hairan kenapa ibu perempuan itu tidak nasihat dekat anak dia tentang semua itu. Masih isteri orang tapi keluar dengan lelaki lain. Ibu perempuan tu pun sama naik pergi ke mana2 dengan suami. Allahhuakbar kenapa zaman sekarang ini Pakaian tidak melambangkan keperibadian seseorang Nampak memang alim sopan Tapi ganggu rumah tangga orang. Hendak meruntuhkan rumah tangga orang. Maaf ayat agak terabur .




