Bismillahirahmannirrahim.. Assalamualaikum admin dn warga krt Admin mohon hide profile saya ye…
Saya seorang isteri telah berkahwin selama 5 tahun dn mempunyai 2org cahayamata. sepanjang perkahwinan alhamdulillah suami tak pernah culas dlm bab nafkah. suami bekerja biasa dn gajinya cukup2 untuk menampung keluarga kecil kami. saya bekerja dn gaji saya hanya rm1k sahaja. syukur alhamdulillah walaupun sedikit masih mampu membantu apa yang kurang.
Masalah saya suami sering tak sependapat dengan keluarga saya. saya memahaminya kerana keluarga saya sering bersikap pilih kasih. kalau kami dtg tiada makanan pun yang di jamu di atas meja. malah saya di suruh masak sendiri jika suami nak makan..tak mengapalah..ini bahagian kami…suami selalu berasa kecil hati dn akhirnya saya di jadikan tempat melepaskn kemarahannya. bukan sekali dua malah berkali2 bukan soal makan saje. tapi berkenaan hal yang lain juga. anak sulung saya berusia 4 tahun dn yang ke 2 baru 53 hari.
Semasa pantang saya di jaga suami. suami tak benarkan saya pulang apatah lagi berhari raya baru2 ini. pantang saya hanya pada mkn sje. yang lain2 tiada. tiada berurut bertungku. Tak mengapa. saya paham kewangan suami tak mencukupi. sepanjang berkahwin saya tak pernah beli baju raya. Apatah lagi anak2. belum pun cukup 2 bulan saya cuti bersalin saya telah pun masuk kerja minggu lepas memandangkan sepanjang saya cuti bersalin mmg bercuti tanpa gaji..
Radi adik saya masukkan gambar rumah yang di kunjungi tetamu. macam2 yang mak saya masak. dia yang lihat mengungkit macam2. Saya cakap sudah2 la. saya dh penat.. tolong la jga sikit ati saya. kalau saya cakap macam tu pada keluarga sebelah dia apa dia rse. dia naik angin dgn kata2 saya dia cakap” kau balik rumah org tua kau. “saya ckp kalau macam tu lepaskan la saya. dia ambil semua duit yang dia dah bagi saya. tanpa tggl 1 sen pun.
katanya lagi aku haramkan kau makan apa yang aku beli dlm rumah nie…air sirap yang tengah saya buat pun abis dia buang. dia cakap kalau nak minum. masak je air paip tu. Allahuakbar. Tv dan kipas semua dia tutup sebab tak nak saya guna sampaikan anak yang kecik nie menangis dari tadi kepanasan. saya bukan tak nak keluar tapi saya tak nak di katakn isteri yang nusyuz ditambah lg dkt tgn takde satu sen pun. semoga Allah membuka jln kepada saya untuk menempuh 2minggu lgi sebelum saya terima gaji…maaf andainya luahan saya membosanakn dan pnjg berjela…terima kasih kerana sudi membaca luahan saya. semua…Assalamualaikum.