Salam Admin, saya nak luahkan dan Mungkin agak panjang. Malam td saya dan somi bergaduh depan anak2, pd dasarnya kecil saje tp meletup habis barang2 rumah patah dan hancur. Sikit aje lg nak kena kandungan saya yang hampir menunggu masa. Saya hidup bersama denganya melalui Hari2 yang sukar dan penat. Anak nak masuk k8, yang besar 1,4,6,7,8,9 dan 11tahun.
Dr awal pagi kejut kan anak2, siapkan sarapan, hantar anak ke pengasuh, hantar ke tadika dan pra.. Hantar ke sekolah baru lah saya Masuk kerja. Sy sendiri tanpa bantuan somi. Suami saya tidur.. Ntah pukul berapa dia nak bangun pun… Kalu dia nak g kerja dia pergi, kalu dh malas takpergi. Duit dia Guna untuk diri dan bayar bil telefon serta makan sendiri.
Saya kerja untuk Sara keluarga. Saya takmintak banyak drpd seorang suami.. Hanya dia sedar yang dia adalah ketua keluarga, bukan saya.
Pkl 11.30 ambik anak tadika, 12 tgh ambik anak pra, 1.00ptg ambik anak sek rendah 1. 30ptg ambik yang si sulong. Semua ya saya letak tempat saya kerja sebelum saya bawa balik pkl2ptg.
Balik plak siapkan anak2 ke sekolah agama, cara makan minum dan pakain anak2 semua siap pkl 3 ptg. Rehat sekejap, bukan rehat pun.. Masa saya mandi solat dan kemas rumah sampai pkl 5ptg ambik anak d rumah pengasuh.
Suami?? Smalam dia tidur setidur2nya.. Bangun hampir jam 7.0ptg. Begitu lah sedihnya saya… TAKmengadap Tuhan takpuasa ikut suka2 saje. Kejadian jam 7.0ptg tulah, selepas perutnya lapar agak ya, dia nak ke kedai tp takleh bawa kluar moto sebab katanya kereta saya parking agak sempit laluan. Bermula lah marah2. Saya diam saje. Dalam hati kalu yer pun salah boleh aje saya betul kan kereta tu.. Dia sendiri pn betul kan takde masalah. Tp tulah, hidup bersama takleh nak buat salah sikit mulalah nak baran bagai. Suami kata saya yang takleh terima tegur an, taktaulah mana betul mana salah.
Sebelum ni dia marah saya taksidai seluar jeans dia 2helai sbb takcukup ampaian.. Maklum lah sehari 3 4tak mesin Baju, kerja saya dalam rumah 1001 perkara nak buat sendiri. Sedang kan suami takkerja tetap pun dan nak basuh pinggan sendiri pn tidak. Smalam kami gaduh, saya bgtau saya penat yang teramat, anak taksihat berjaga sepanjang malam. Dia kata itu jelah saya tau cakap. PENAT PENAT PENAT. ingat Kau je penat??
Saya diam. Tp dlm hati, apa dia penat sangat?? Malam2 berjaga pn duk main game dan tengok ntah apa2.
Siang2 takkeje mana, nak tido berapa lama takde sapa kacau.. Anak2 dan rumah semua saya uruskan. Malam2 saya imamkan solat maghrib dan isyak, ajar anak mengaji dan tengok kn Kerja sekolah anak. Berjaga malam anak sakit taksihat pn saya.. Si baby merengek sebab selsema nak mengempeng aje.. Sy ni dh ler kerja mengandung sampai bulan.
Malam tadi baru dia perasaan adik tak sihat, dia bagu tau saya dan saya diam sebab kami bergaduh. Diam saya tu membuatkan dia lg marah dan mengamuk.. Ikut capai tangan dia pecah kan barang2.
Anak2 bertempiaran lari masuk dekat saya, baby menangis tak henti2, suami pegang badan dan tenyehkan mulut saya supaya saya bercakap sesuatu. Anak demam, ko paham tak?? Ko nak aku buatpe?? Untuk pengetahun KRTF, somi saya taktau apa perlu buat bila anak demam.. TAKtau nak bancuh susu, taktau bila nak tukar lampin… TAKtau pn anak bagun malam masa mana!! Bunyi macam pelik sbb anak dh nak masuk 8, tp apabila takambiltahu bg inilah jadinya. Kalu dulu saya sabar dan gagah lakukannya.. Skrg umur dh nak capai 40. Smalam anak saya demam kuat bertambah dengan takut amukan bapaknya pula.
Saya cuma ingin kan hidup tanpa bebanan. Saya letih untuk aturkan kehidupan diri dan anak2, habis kan perbelanjaan untuk keluarga dan dalam masa sama kena layan suami yang kuat minta dilayan. (Mungkin sbb takletih sangat atau Dr akibat membaca/menonton p****) Di rumah, time bulan posa.. Saya lah tukang basuh pinggan kuali bagai waktu siang. Saya dh habis ikhtiar merajuk, bergaduh dan berbincang. Bukan nak mintak buat itu ini… Cukupla takmembebanakan saya dengan kerja2 rumah.
Baju dan gelas dia kena saya kutip. Selipar kasut dia saya kena susun… Kalu takjumpa Baju sluar dia… Memang kena hemburlah. Saya halalkan segala tenaga dan Wang ringgit saya ke atas keluarga… Tetapi sangat sukar terima kata2 kesat dn menyakitkan hati. Sungguh letih takterucap, tak minta untuk terima kasih, Cukupla takmenyakitkan hati. Bantulah saya bagi kata2 SEMANGAT, Admin tolong hide kan profil saya dan siarkan ye




