Assalamualaikum, Saya nak tanya kakak2 dalam ni. Normal ke isteri saya ni.
Ok selepas dapat anak pertama alhamdulillah susu badan dia banyak. Saya happy la sebab tu kan concern utama orang lepas bersalin. Tapi bila dah habis pantang tiba2 dia cakap dah kena ajar anak kitorang minum susu formula sebab nnti dia dah start kerja. Susah la kalau nak pump pastu simpan dalam peti pastu nak panaskan balik. Lagi pulak peti kitorang kecik tak muat nak simpan ebm. Peti tak berapa sejuk la. nk beli bre@st pump tak ade duit la. Nak tukar peti lagi lah tak ade duit.
Pastu alasan dia, susah la nak ajar pengasuh pasal ebm ni. Leceh kesian pengasuh. Masa tu saya agak terkilan tapi saya diamkan aja sebab dah tahu perangai isteri susah untuk ditegur. Dia rasa saya tak berhak tegur dia sebab saya tak belajar degree macam dia.. So saya terima la cadangan isteri saya untuk campur dengan susu formula. So saya fikir isteri aku ni jenis tak kesah kot bab2 pemakanan anak ni.
So usia anak nak masuk 6 bulan isteri saya tiba2 tak makan seminggu dekat ofis dengan alasan nak beli baby food maker tu. Ok la saya layankan ajela. Buat pengetahuan semua, bab beli barang basah siang ikan ayam semua tugas saya. Memasak pon saya yg monopoli. Sebab saya kesiankan isteri. Nak jaga anak lagi. Seminggu sekali saya vacuum dan mop rumah.
Nak dijadikan cerita anak dah nk masuk setahun, die sanggup kumpul duit beli slow cooker semata2 nak masak untuk anak kitorang. Sebab apa tau? Sebab doktor cakap anak kurus tak cukup zat. Saya geram je nk marah dah dia taknak bagi susu badan. Bukan nya tak ade. Pastu kalau kat rumah normal lah kan anak nak susu badan, die marah2 budak tu sambil suap susu formula. Dengan alasan nak ajar budak supaya nk minum botol kat rumah pengasuh. Masa tu saya bengang juga la sebab sepanjang kt rumah pengasuh, pengasuh ckap die ok je minum botol. Tapi tu lah isteri saya taknak dengar.
Bila anak saya dh start tumbuh gigi, saya bagi la rasa sikit2 makanan dewasa. Kadang2 mak ayah saya pon bagi. Sikit je. Sebab kitorang pikir isteri jenis tak kesah sangat kan. Tapi bila isteri dapt tau mengamuk dia. Sekrang saya konfius , die sebenanrnya jaga ke tak pemakanan anak kitorang ni? Kalau jaga kenapa dia tak usaha kan bagi susu badan. Sanggup bersusah payah nak beli keperluan memasak baby. Barang2 memasak semua nak yang organik. Susu pulak yang mahal tu. Dia takmakan takpe asal anak dapat minum susu mahal.
Saya cakap apa kata dia jaga makan dia lepastu mesti susu badan akan sentiasa ada lepastu teruskan je bf sampai anak 2tahun. Die tak nak dengar dia ckap saya tak paham dia. Saya tak faham la. Kalau bulan puasa dia sanggup tak bangun masakan sahur dan bersahur dengan saya semata2 nak bangun kul6.30 nak masak bekal anak. Dia lagi jaga anak dari suami. Saya ckap tak boleh ke teman saya sahur, sahur la sekali kan ke sahur tu pahala nanti bekal anak saya masak takpe. Tapi die buat2 tak dengar. Mcam2 alasan cakap saya masak tu la takkena ni lah. Erm kadang2 saya confius la. Saya rasa rumahtangga saya ni tak sempurna. Kadang2 cemburu tengok abang2 dan kakak saya. Bahagia je dorang. Saya nk tanya pendapat kakak2 dlam ni. Apa patut saya lakukan ye?




