Salam admin tolong hide profile saya ya tq, saya cuma nak luahkn apa yang terpendam dalam hati saya, saya ibu kepada 8 orang anak bagi saya anak2 lah sumber kekuatan saya untuk terus bertahan dan setia pada suami yang kaki pu kul… Sepak terajang tum buk penampar apa lagi yang suami tak penah buat..
Saya sarat mengandung anak yang 6 suami pu kul saya guna kipas lantai tum buk mulut dan mata saya gigi saya kat depan patah bibir saya koyak daarah mengalir macam air suami buat tak kisah anak2 semua mnangis saya tak daya melawan dalam fikiran saya cuma anak dalam perut.
Dalam keadaan pening nak pitam saya gagahkn diri untuk masuk bilik ambik fon kemudian tarik anak2 yang 5 orang tu kami ke bus stop. saya bagi anak sulung fon dan suruh call adik saya untuk ambik kami. pendekan crita adik saya ambik kami dan bawa kami terus ke balai polis buat report.
Yang saya hairan masa buat report dengan selamba polis tu cakap yang ne hal rumah tangga polis tak boleh masuk campur polis tu bagi saya surat untuk dapatkan rawatan je. dalam keadaan sakit saya bawa adik saya pulang rumah mak..
Saya sayang kan suami dan rmhtngga saya sebab tu lah saya bertahan dan setia di sisi suami dengan harapan supaya suami berubah.. hidup kami memang tak senang saya dn anak2 perempuan berkongsi pakai baju. Selalu mengikat perut menahan lapar saya dan anak2 akan tetap setia di samping suami. Doakn hidup kami jadi baik dan suami akan berubah