Kenapa kebanyakan Mak mertua macam tak boleh terima hakikat anak lelaki dia dah kahwin, yeee memang betul syurga tu ade pada ibu si suami. Tapi wajar ke bila suami lebih pentingkan ibu sendiri daripada isteri dan anak²? Dalam situasi aku ni, aku suri rumah sepenuh masa. Masa aku banyak di habiskan di rumah bersama anak². Suami pula seorang pegawai kerajaan, masalah aku disini ialah. Emak mertua aku suka aturkan perbelanjaan kami anak beranak. Dia aturkan apa sahaja yang anak lelaki dia nak buat. Kadang² sampaikan suami aku bawak kami anak beranak makan luar pun dia akan kata membazir. Padahal sebulan sekali pun susah nk keluar mkn sama².
Tiap² kali gaji mertua aku ni mesti akan mintak duit dari anak dia anpa missed walaupun time tu perbelanjaan aku laki bini tipis² cukup makan. Untuk pengetahuan korg mertua aku ni ade 5anak lelaki. Tapi anak yang lain dia tak pernah mintak duit bulan². Asyik mintak kat suami aku je. Adil ke? Katanya anak² yang lain susah dan anak ramai. Aku pun anak ramai jugak ape. 4orang.. Semuanya tgh nak membesar and bnyk nak gunakan duit… Jadi tidak adil kalau mak mertua aku cuma mintak kt suami aku sorang. Suami aku pulak jenis tak sampai hati.
Sampai satu hari, aku bergaduh dengan dia. Puncanya, satu haritu dia cuti. Dan dia bangun awal pagi. Terus balik ke rumah mak dia.. Tanpa bagitahu ape² kt aku.. Aku pun mcm hmmmm ok la. Mungkin dia keluar beli kuih ke untuk anak dia. Sebab sebelum tu anak aku ade mintak dia nasi lemak. Petang bila dia balik dia cakap tadi bawak mak dia, pergi sarapan kat kedai and belikan lauk basah kat pasar.. Sedangkan aku? Aku duduk rumah, berbasah baju jaga anak,.. Aku jadi angin satu badan bila dia cuti tapi pergi bersarapan bagai dengan mak dia. Langsung tak ingat anak bini. Kesian anak aku tunggu bapak dia belikan nasi lemak pagi tu. Agaknya apa yang perlu aku buat? Kadang² sampai aku terpikir, mak mertua aku tu menyesal ke kahwin aku dengan anak dia? Aku bukam cemburu laki aku lebihkan mak dia ke ape. Tapi aku kesal. Makin lama dia makin jadik berat sebelah.




