Aslamulaikom. Tolong hide fb. Nak tanya dan minta pndapat. saya jadi serba salah nak buat keputusan. Jadi buntu. Sebelum nie kluarga saya happy walaupon tak mewah tapi boleh hidup macam orang ramai. Cuma 1 duga yang saya tengah hadapi. saya ada ibu mentua baru lepas berpisah dengan suami baru dia. saya dengan suami dengan ikhlas nak jga dia. saya tak ade masalah dengan semua itu.. Saya tak kesah sangat pon pasal duk sekali.
Memang rumah anak, dia tentu rumah dia kan. Bahgian dapur pon jadi hak dia semua barang dia.. Saya tak kesah pon.. Bukan nak ambik kesempatan atas dia.. Sebab dia tak nak guna barang saya.. Saya tak ambik ati pon.. Ikut dia nak pkai barang dia.. Jadi saya terkejut sangat2 bila dengar dia ajar anak saya benda bukan2. cara dia cakap macam tak puas hati dengan saya. Apa slah saya? Saya tak pernah pon suruh dia buat bnda rumah. masak.basuh baju saya tak suruh semua tu tapi dia sendri yang nak buat.
Terkejut saya masa ambil anak sekolah tanpa pengetahuan saya dia basuh selimut suami jadi saya biarkan saja satu persatu dia buat saya boleh terima lagi. Cuma tak selesa macam saya nie suruh dia buat keja. bila saya nak buat dia cakap awak tak payah buat keja. Tapi saya buat tak dengar saya buat jugak. Tengah hari saya siap masak bagi anak makan lepas siap masak saya pergi mandi nak solat tiba2 saya dengar dia cakap dengan anak saya adik bila adik dah besar nanti adik bagi pinggan buruk kat mak adik bolehkan. mak awk jahat bagi awak mkan dengan pingan buruk bila mak adik dah tua esok adik bagi mak adik makn pingan buruk boleh. terkejut saya dengar..
Buruk ke pingan plastik yang harga murah tu ker? Saya nak bagi anak saya makan dalam pingan harga mahal ke? Baru anak saya kenyang.. Saya tak mampu nak beli pingan mahal2.. sebab suami ajar saya dan anak hidup biasa je. pakai apa yang ada. saya bersyukur ada pingan makan dri saya pakai daun. saya tak boleh nak bersaing dengan orang lain. suami saya bukan keja kerajan bukan gaji berjuta2. hanya cakap2 untuk keluarga. suami saya sendri tak pernah pun cakap pingan buruk2.. Suami siap tanya mana pingan plastik tu cawan plastik tu?
Kadang saya terasa hairan apa salah saya. Kadang dia bercerita benda tak masuk akal sekali.. Dia cerita tentang kisah bini orang tu tak suka mak dia. bini orang tu siap suruh laki dia buang mak dia.. Dalam masa perjalanan nak buang mak laki tu behenti di pokok yang mak dia pernah kutip buah bagi anak laki dia makan tanda dia sayang kan anak dia. balik rumah laki tu ceraikan bini dia biar pun aank ramai. Lebih baik pelihara mak.. Siap bercerita dengan nangis dpn suami saya dan saya. saya hairan sangat kenapa?? Saya ada buat salah ke?? Saya takut sanagt rumah tanga saya bergoyang sebab suami saya sayag sangat kat mak dia.
Saya tak mampu nak kata apa2. saya tak mampu nak cerita kat suami apa yang belaku. apa mak suami nak saya bagi saya rela apa yang saya nak tak beli. Apa mak dia nak dia beli saya tak kesah pon. sebab mak dia hanya ada 1. saya mengalah sebab syurga dibawah tapak kaki mak suami. saya tak kesah dia nak dahulukan mak dia. tapi jangan buat perangai macam nie. saya buat tak tahu sebab tak nak rumah tangga jdi mangsa. anak2 lagi. malam2 saya tak dapat tido sedih sangat2.. Nak bagitau suami takut dia tak pecaya. boleh bagi cadangan. saya tak nak sampai rumah tangga saya hancur dengan pekara macam nie..