Admin tolong siarkan. Saya nak luahkan apa yg saya rasa saat ni. saya hamil 8 bulan sekarang ni, baby sulung. saya seorang yang bekerja. Apa yang buatkn saya sakit hati sangat, saya baru bercadang nak ambil cuti rehat tanpa gaji sebelum bersalin sebab rasa dah tak larat sangat tapi apa yang suami saya buat dia berhenti kerja masa ni juga, dia tipu saya, katanya dia dibuang kerja, padahal tak, dia yang berhenti sendiri.
Sebelum ni pon sama, dia cakap dia balik awal kerja, padahal dia tak pergi kerja pon. Sakitnya hati ni tuhan ja yang tahu. di saat nak pakai duit bnyak nak bersalin, dia buat perangai macam ni.. dah jadi mcam ni, tak kan saya nak ambil cuti juga. saya terpaksa teruskan kerja sampai bersalin nanti sebab saya fikir nak guna duet banyak nanti. dari awal kahwin dia asyik tukar2 kerja. saya kecewa sangat, sampai hati dia buat saya macam ni, dia langsung tak fikir apa yang saya rasa.
Macam tak fikir tanggungjwab dia. nak ada anak pon perangai tetap sama. memang seminggu ni saya tak bercakap dengan dia, saya jadi pemarah, nak tengok muka dia pon jadi benci, saya tahu saya dah mula derhaka, tapi saya sakit hati dia lngsung tak kesian kan saya. tuhan ja tahu apa yang saya rasa saat ni.




