Salam.. sebulan aku menangis sebab bini aku tuntut cerai disebabkan beberapa keping gambar dengan budak2 ofis dalam hp aku. Aku menangis merayu mintak maaf kat dia. Aku mntak tolong member2 ofis call bini aku pujuk dia terangkan semuanya. Dia nekad jugak nak cerai. Seblom smpai tarikh cerai 17/2 haritu aku sampai sakit2 demam tak ade semngat pergi rumah family bini kena halau maki n macam2 diorang tuduh aku. 19/2 disebabkan bini nak sebarkan gambar2 tu dan sebabkan dia dah mula panggil aku sampah jijik dan macam2 lagi aku terpaksa lepaskn dia jugak.
Tapi hari kni aku dapat tau dari member aku yang dia ternampak bini aku keluar dengan seorang lelaki lain bawak anak aku dan time pergi daftar cerai tadi pon member aku yang kerje situ pon cakap bini aku datang dengan lelaki bawak anak aku tuntut cerai haritu. Aku ingat aku yang jahat suami yang teruk rupanya dia ada yang lain. Sekarang ni ex wife aku dah sebarkan gambar2 aku dengan member2 ofis dan perburuk aku pada semua rakan fb dia.
Status ws dia sentiasa penuh menceritakan kecurangan aku sedangkan tak ade pon semua tu. Rupanya dia sedang menutup kecurangan diri mungkin lepas edah ni diorang akan berkahwen tp aku nk ckp kat sini ko takkan penah jumpa lelaki sebaik aku yang takpenah pukul ko, tak penah kasar dengan ko, nafkah setiap bulan 1.5k, walau aku kerja jauh setiap bulan aku balik tak lupe anak bini.. tu je saya nak luah walau air mata ni tak berhenti mengalir