Assalamualaikum Saya pernah jadi isteri ke 2 selama 3 tahun. Dan dalam masa 3 tahun itulah juga saya tidak pernah ada giliran.. Malah saya sering diganggu oleh akak madu saya dalam pelbagai cara.. Tapi saya redha dan sentiasa maafkan dia.. Namun perancangan Tuhan adalah yang terbaik… Kakak madu minta dirinya diceraikan kerana dia tak mahu bermadu dan akhirnya dia diceraikan secara baik…
Tak sampai setahun mereka bercerai, dengan takdir Allah saya terserempak suami bersama seorang wanita yang nampak lebih berusia daripada saya.. Benar 10 tahun lebih tua daripada saya. Saya dengan tenang dekati mereka. Malangnya suami saya lari meninggalkan wanita itu bersama saya.
Wanita itu dengan gahnya mengaku dia isteri kepada suami saya.
Dipendekkan cerita, menjelang maghrib suami saya pulang ke rumah dengan mengakui mereka belum bernikah tapi akan bernikah.. Tapi wanita itu mengakui mereka sudah bernikah… Demi menegakkan kebenaran, suami saya melafazkan talak 3 kepada wanita itu sekiranya benar mereka sudah bernikah demi membuktikan yang mereka belum bernikah…
Demi mengelak suami berbuat dosa, saya setuju mereka bernikah… Saya mula cuba untuk terima wanita itu… Tapi niat baik saya diambik kesempatan.. Wanita itu kerap hubungi saya.. Menceritakan tentang suasana betapa gembiranya dia ketika dengan suami saya. Berjalan2, makan2, belikan suami saya baju… Bagitau saya, suami saya nak memanggilnya dengan panggilan ayang…
Langsung tak kisah dengan perasaan saya…
Yang buat hati saya hancur, dia bagitau saya yang suami saya banyak kali ajak dia buat sesuatu yang tak elok.. Sampai sekarang saya masih tak boleh nak fikir…
Saya takut bila saya bermadu nanti, akan macam2 penyampaian dia kepada saya..
Saya berkali tanya suami, betul ke apa yang wanita tu sampaikan? Malangnya suami cakap itu fitnah. Apa perlu saya buat?




