Saya takde tempat nak meluah. Dekat sini je mungkin boleh meluah sebab takde siapa kenal saya. Saya berkahwin 2017 dgn seorang lelaki yang memang saya sayang. Dalam masa yang sama, saya melahirkan seorang anak tak sah taraf. Itu masa lalu saya dgn lelaki yang takde rasa tanggungjawab. Tak perlu diceritakan kisah lalu saya. Perkahwinan saya dengan suami atas kerelaan masing2 sehinggalah saya melahirkan dara* daging dia. Saya kenalkan suami saya sebagai Fahmi(bukan nama sebenar).
Saya berkahwin dengan Fahmi atas rasa tanggungjawab dia dan kasih sayang dia pada anak tak sah taraf sy. Mulanya saya ingatkan perkahwinan ni atas rasa kasih sayang dia pada saya. Tp saya silap. Suatu hari tu, saya tengah
mengandungkan anak dia kandungan masa tu 7 bulan saya dapat tahu dia curang dengan saya dia bercinta dengan seorang perempuan di tempat kerja dia. Saya baca semua mesej dia yang mengatakan dia nak berkahwin dengan perempuan tu.
Perempuan tu pun terima. Alasan dia nak berkahwin dengan perempuan tu, adalah sebab katanya dia lebih selesa dengan perempuan tu berbanding saya. Dia lebih sayang perempuan tu dan dia cuma berkahwin dengan saya sebagai status ‘pak sanggup’. Luluh hati saya. Allah je tahu. Sepanjang kehamilan saya, memang saya takde masalah darah rendah atau apa2, tapi bila saya stress tu, 4hari saya tak sentuh makanan.
Pergi checkup kandungan, berat saya turun, bp rendah dan macam2 sampai saya kena warded untuk rest. Nurse tanya, ‘awak ok?’. Masa tu saya hanya boleh menangis je. Hati saya betul2 hancur. Saya suruh suami saya mengaku, kenapa nak kahwin dengan perempuan tu. Dia kata, dia langsung takde perasaan kat saya. Dari hari pertama kami kenal, dia langsung tak sayang sy. Kalau tak sayang, kenapa dia bagi saya harapan. Sepanjang kehamilan saya tak henti2 menangis. Saya tak fikir pasal kesihatan atau apa2.
Saya merayu kat perempuan tu supaya tinggalkan suami saya. Saya merayu kat Fahmi untuk tinggalkan dia. Tapi masing2 tetap taknak sampaikan family perempuan tu jumpa saya dan bgthu yg saya ni memang tak layak untuk Fahmi. Hari2 saya doa pada Allah, jauhkan, pisahkan mereka. Syukur, Allah sentiasa makbulkan doa isteri yang teraniaya. Mereka lost contact, dan tak contact sampai sekarang. Syukur.
Kadang saya menyesal, kenapa saya merayu pada dia untuk tak tinggalkan saya, padahal banyak kali dah dia buat hal. Jujur, suami saya kaki perempuan, kaki pukul (yang ni tak perlulah saya ceritakan, saya tak sanggup fikirkan), dia tak pernah rasa kasih sayang dari family. Tp tak bermakna dia perlu buat mcmtu pada isteri dia.
Sehingga kini, saya belum rasa lagi kasih sayang dari insan bernama suami. Perkahwinan kami atas dasar syarat tanpa ada rasa cinta. Sakit bila tak bahagia tapi kau buat2 bahagia. Sakit bila cinta bertepuk sebelah tangan, hidup dengan lelaki ego yang langsung tak cuba beri kasih sayang. Sekarang, kebahagiaan saya untuk anak2. Andai Allah boleh tunaikan satu je permintaan saya, saya nak suami saya melayan saya sebagai seorang isteri dan berikan kasih sayang walaupun sikit.
Kalaulah awak baca ni, saya cuma nak tau, demi Allah saya sayang awak dunia akhirat. Saya tak pernah berhenti berdoa Allah panjangkan jodoh kita hingga akhir hayat. Maaf, saya bukan penulis yang pandai mengatur cerita, kalau tak faham takpe, saya cuma nak meluah je.