Salam warga KRT. Saya nak luahkan perasaan saya dekat warga KRT sekalian.
Pada tahun 2011, saya ikut suami balik beraya di rumah mertua. Saya beserta suami dengan dua orang anak perempuan kami masing-masing umur 3 & 4 tahun pada masa tersebut. Dipendekkan cerita, pada hari terakhir puasa hari tu, setelah tidurkan anak saya yang bongsu, saya bawa anak sulung saya mandi.
Buat pengetahuan warga KRT, masa tu suami tidak berada di dalam rumah kerana nak uruskan hal berbuka puasa.
Tengah saya dan anak sulung mandi, saya dengar macam tombol pintu bilik mandi dipulas-pulas. Tapi saya endahkan saja sebab masa tu hanya kami saja yang berada di rumah. Tiba-tiba, pintu bilik mandi terbuka luas! Saya sempat menjerit dan menutup apa yang sempat sebab masa tu memang mandi tanpa seutas benang pun.
Geram dan malunya saya! Rupa-rupanya bapa mertua bersama-sama 3 orang cucunya (anak buah suami, masa tu semuanya dah lebih dari 5 tahun, yang sulung dah 9 tahun) tercegat di depan pintu. Sambil si bapa mertua pegang screw driver sambil membongkok (sebab dia yang unlock tombol pintu dengan screw driver). Tercenggang dan awkward! Terus Bapa mertua tutup pintu bilik mandi saya pula geram dan malu sangat cepat2 saya dan anak mandi dan masuk dalam bilik tidur.
Saya terus call suami dan ceritakan perihal tersebut. Suami pun cakap patutlah si bapanya tadi ada minta maaf dengan dia dan cakap dia betul-betul tak sengaja. Selepas hari tu, saya rasa malu sangat dengan bapa mertua. Nak salam dengan tangan dia pun saya geli. Kalau nak balik ke rumah mertua pun saya rasa gelisah rimas.
Si suami pun faham dengan keadaan saya. Di cakap dia tak paksa saya balik kalau saya tak selesa. Tapi saya kesian juga dengan suami. Dia pun nak balik beraya dengan orang tua. Suami saya pernah nasihatkan begini, baik maafkan saja sebab umur orang tua tak lama. Bila-bila ajal boleh datang menjemput.
Baiklah, saya maafkan si bapa mertua. Namun saya tak akan dapat melupakan perbuatan dia. Terus terang saya dengan suami dan alhamdulillah dia amat memahami.
Saya pun tak pasti sama ada bapa mertua sengaja atau tak. Buat pengetahuan semua, bapa mertua dengan mak mertua mempunyai masalah dalam hubungan. Bapa mertua pernah ada perempuan simpanan. Pada masa kejadian, umur bapa mertua dalam lingkungan 50an.
Selepas kejadian, pernah juga 2 kali kami balik beraya di rumah mertua namun perasaan geli dan was was tu sentiasa ada. Pada pendapat warga KRT, adakah normal dan wajar perasaan was was dan geli serta hilang rasa hormat saya terhadap bapa mertua? Kadang saya rasa meluat. Atau saya patut lupakan saja peristiwa tersebut dan ikhlas dalam hubungan sesama menantu dan bapa mertua? Terima kasih. Tolong hide profile saya admin.




