Assalamualaikum admin dan semua warga KRT. Mohon hide profile facebook ini kerana kepunyaan adik kawan saya. Nama saya Zana dan berumur 21 tahun. Saya sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun dan mempunyai sepasang bayi kembar seiras. Suami saya bekerja sebagai arkitek pelantar minyak.
Masalah rumah tangga saya ini bermula bila ibu saya dan bapa mertua saya selalu campur tangan dalam urusan rumahtangga saya. Dua minggu lepas maklum lah suami saya boleh balik sekali sekala sahaja dari tempat kerja kerana bertugas jauh di Sabah. Saya pula menetap bersama kembar di utara tanah air bersama ibu saya. Ibu bapa saya sudah lama bercerai.
Hendak di jadikan cerita, suami saya teringin sangat hendak makan meggi dari air tangan saya. Jadi saya pun sediakan bahan bahan untuk masakkan meggi. Tiba tiba ibu saya masuk campur. Dia kata saya tidak pandai masak. Duduk saja diam diam. Sedih hati saya. Sedangkan saya tahu saja masak meggi. Suami saya terus merajuk.
Dia cakap kalau setakat hendak bagi emak masak dia sudah boleh minta emak masakkan dari tadi. Sedangkan saya hendak saja masakkan tapi ibu saya mengawal keras. Sudah habis masalah itu. Tiba lah pula lagi satu masalah. Anak kembar saya yang perempuan menangis dalam pukul 2pagi. Anak kembar saya baru berumur tujuh bulan. Saya bangun hendak susukan anak. Tiba tiba pintu bilik saya diketuk kasar oleh emak.
Suami saya bangun sebab terkejut. Suami saya buka pintu. Terkocoh kocoh ibu saya rampas anak dari saya. Anak tengah menyusu dirampasnya begitu. Suami saya berubah air muka. Mak cakap, itu la hang tidak pandai jaga anak. Hang tahu tidak Azhan hang tidak ada emak saja yang duk asuh bela anak hang ini. Jatuh air muka saya.
Sedangkan saya jaga anak baik baik. Saya tidak abaikan pun anak anak saya. Suami saya hanya berdiam. Saya berasa sangat malu. Malam itu ibu saya bawa anak anak tidur bersama dia. Suami saya juga tidur di luar. Tinggal saya seorang terpinga pinga di dalam bilik. Pagi tu ibu saya tidak ada. Suami saya pun berbincang dengan saya.
Suami saya cakap dia perasan perangai ibu saya yang suka mencampuri urusan rumah tangga kami. Saya hanya mampu berdiam. Suami saya cakap, kalau boleh dia hendak bawa saya tinggal bersama ibu dan ayah dia. Saya suarakan hasrat suami saya itu kepada ibu. Ibu hanya tersenyum sinis. Ibu kata pergilah keluar dari rumah ini. Tapi ingat kalau sudah keluar jangan jejak kaki di sini lagi. Dia mengamuk baling pinggan mangkuk.
Sampai jiran tetangga datang tengok apa jadi. Dia burukkan saya dekat semua orang. Dia cakap saya anak derhaka. Allahh. . Malam itu suami saya bawa saya balik kerumah ibu bapanya di Selangor. Minta maaf ibu bukan kak ngah hendak menderhaka. Kak ngah cuma hendak selamatkan rumah tangga kak ngah.
Tapi, rupanya tinggal di Selangor pun ada masalah juga. Ibu mertua memang sangat baik dengan saya. Tapi bapa mertua hmmm. Miang keladi. Maklumlah saya ada anak kecil. Waktu anak saya menyusu badan saya akan beri di dalam bilik Dia akan masuk ke dalam bilik dan tengok saya susukan anak. Bapa mertua saya muda lagi dalam umur 48 tahun. Saya jadi segan dengan bapa mertua saya.
Kalau saya di dapur dia suka ke dapur juga Dia suka peluk bahu saya Dia cakap tidak apa dia sudah anggap seperti anak. Tetapi sungguh saya tidak selesa. Sekarang suami sudah bertugas semula. Saya tinggal di Selangor bersama emak dan bapa mertua. Saya rasa sangat susah hati dan bercelaru. Saya mohon warga KRT dapat memberikan pendapat yang bernas kepada saya. Tqvm.




