Asalamualaikum admin..saya harap cerita saya ni dikongsikan..Perkahwinan kami hampir masok 3 tahun…. berkenal dengan isteri sebagai seorang janda anak 2…. kenal pon kat tempat kerje satu restaurant…. isteri tua 6 tahun dari saya…. saya 24 isteri 30 tahun…. masa mula kenal tu isteri menunjukkan contoh yang baik membuatkan saya terpikat…. kami mula mengenali sampai saya tahu status sebenar isteri sebagai seorang janda anak dua…. tapi anak bukan isteri jaga….
Anak dibawah jagaan bekas suaminya dengan alasan dia yang beri hak penjagaan pada bekas suaminya….saya mula pelik…. lalu saya pon tanya kenapa bercerai dengan bekas suami…. masa tu isteri cerita yang bekas suami ade perempuan lain dan buat zina dengan perempuan lain yang lebih tua dari isteri saya…. dikatanya lagi dia dicurangi…. jadi saya kesian pada isteri sambil tu memang saya dah jatuh cinta dekat isteri lagi pulak saya rasa isteri perlukan seseorang sebab pernah dilukai….
dalam masa bercinta sebelom ke perkahwinan saya dapat tahu isteri juga ada kekurangan dirinya yang boleh dipandang mana mana lelaki sebagai perempuan murah…. namun banyak kali rahsia terbongkar saya tetap menjadikan dia isteri saya dengan harapan dia menjadi yang terbaik walaupon saya korbankan zaman bujang saya terlalu awal saya sanggup untuk melindungi isteri dari terus hanyut dengan kemungkaran…. masa bercinta pon isteri ada menduakan saya dan kantoi…. pada mula dia berdalih dan tengking saya macam saya ni seorang yang menuduh…. tapi kali ke 2 kantoi isteri tak mampu melawan sebab bukti kukuh…. isteri memohon maaf pada saya…. sebab sayang saya maafkan….
masa nak bernikah macam macam dugaan…. ada sampai saya rasa tak nak terus kan…. tapi hati kuat suruh saya teruskan…. dan kami diijab kabulkan dengan selamat dirumah belah isteri…. kami duduk dalam 2 minggu rumah belah isteri…. pastu kami dikata putuskan oleh saya sebagai seorang suami untuk duduk bersama ibu kandung saya disebabkan ibu saya keseorangan tidak berteman sebab arwah papa dah lama pergi….
pada mula semuanya baik baik sahaja…. saya pon ade ambil dan hantar anak anak tiri saya…. hubungan ngan anak saya buat seperti anak saya sendiri…. cebok berak layan telatah suapkan makanan mandikan anak…. berkenaan anak tiada masalah…. tapi tak sampai lama saya dan isteri timbul permasalahan…. mula mula macam acah2 pengantin baru…. lama kelamaan isteri seperti menunjukkan sifat sebenar…. terlalu bebas pergaulan…. pada awal perkahwinan dah ade masalah…. saya terjumpa henfon lama isteri alangkah terkejut saya gambar isteri berciom didalam kereta bersama seorang jantan yang bukan bekas suaminya…. siap ada si anak yang tua sekali dalam gambar tu…. dan ada gambar lain juga yang tak berciom dan merangsang mereka maknenya sopan….
saya pon sahaja buat buat tanya isteri ini siapa…. yang saya tunjuk itu gambar molek molek…. isteri ade sikit perubahan pada muka tapi cuba cover dan jawab itu saudaranya…. hancur hati saya isteri tipu…. dan saya mengalihkan pada gambar tak senonoh dan mencampakkan henpon dihadapan isteri lalu saya keluar tenangkan diri…. Rasa macam nak menangis saya kat luar sambil merokok pikerkan saya tersalah pilih isteri ke? saya cuba maafkan dan lupakan semua itu…. isteri saya mata keranjang macam yang diperkatakan kawannya…. tapi lama kelamaan menjelme sifat cemburu atas diri saya…. yelah isteri suka curi2x pandang lelaki…. bila saya sergah isteri tak mengaku dan cakap saya cemburu buta…. saya ni masalah penglihatan pon tiada…. isteri saya selalu suka curi curi pandang lelaki…. sedangkan saya nak berbual dengan perempuan pon tak berani demi sayang pada isteri….
satu hari isteri terang tersang kantoi acah2x pandang lelaki macam isteri pandang pandang saya masa kenal dahulu…. balik rumah saya pon tanya isteri…. tetapi tetap dibentak juga…. sampai suatu hari terjadi pergaduhan besar antara saya dan isteri…. dan bersaksikan abang saya dan kawan abang saya yang datang menghantar barang kereta untuk kereta saya…. saya di lempang oleh isteri dan ditumbuk oleh isteri…. saya cuba sabar…. tetapi isteri masih mengasari saya sambil mencaci saya….
Disebabkan saya berasa malu diperlakukan begitu saya membalasnya, saya menolak muka isteri dan baringkan isteri ke lantai dan saya duduk diperot isteri untuk kawal isteri dari terus mengasari saya didepan abang dan kawan abang saya…. saya sangat malu…. satu flet dengar suara kami bertekak…. saya maafkan isteri saya…. tetapi saya tak sangka diatas pengabaian saya dari terus bergadoh…. isteri melarikan diri diwaktu saya tidur dan lari tanpa disedari ibu saya dan saya…. saya terjaga tengah malam nak pelok isteri raba raba dah kosong sebelah saya…. betapa hancurnya hati saya…. isteri saya melarikan diri…. saya dengan cepat kejot ibu saya terus buat report polis kerana risau terjadi apa apa pada isteri yang larikan diri….Tetapi bila saya buat report polis cakap isteri baru juga buat report…. report pon terus dijalankan….
esokknya saya cuba pujuk isteri melalui phone…. tetapi isteri marah marah mencaci saya…. saya ambil keputusan pergi pujuk secara hadapan…. tiba dirumah mak mertua mak isteri…. isteri saya keluar…. tetapi pagar tak dibukanya…. saya seperti orang asing diperlakukan…. saya mengalah dan saya pulak yang mintak maaf walaupon bukan salah saya…. isteri cakap nak bersama duduk rumah sendiri walaupon sewa sebab tak selesa duduk dengan ibu saya dia tak boleh bebas…. sebelom terlupa isteri seorang perokok….
saya akur walaupon hati teringatkan ibu saya keseorangan…. saya bertaklik pada isteri dan keluarga isteri seandainya saya mengasari sehingga mencederakan maka jatuh talak terakhir…. so itu berlalu…. saya balik berbincang dengan ibu saya dan ibu saya izinkan walaupon raut wajah ibu lain…. jadi saya ambil keputusan untuk cari rumah yang dekat dengan ibu dan tempat kerja….
alhamdulillah dapat…. masa masok rumah baru tu indah semuanya…. rasa macam baru kahwin…. kelainan ternampak dari isteri…. hidop kami normal lah jugak…. anak anak tiri pon suka…. tiap minggu ambil anak tiri…. tapi isteri kembali mata keranjang…. dan isteri suka stalk lelaki di facebook…. banyak kali terkantoi tapi saya cuba kawal keadaan….nak dipendekkan cerita…. satu hari kami bertekak…. bertekak dengan pelbagai hal…. padahal sebelom tu baru lepas kami manja manja sampai main gigit gigit…. sampai hari kami bertekak isteri terlalu terlampau mencaci seperti hilang rasa hormat pada suami….
sering dikatakan saya terlalu cemburu buta…. jantan syal dan sebagainya…. di lempang di tumbuk dada muka saya membuatkan saya hilang tahap sabar…. tapi masih terfikir akan taklik…. saya ambil keputusan capai bantal dan memukul dengan bantal dibahagian belakang tubuh isteri…. saya pakai bantal sebab takot taklik jatoh…. yelah…. marah marah pon tetap sayang dan tak pernah fikir tinggalkan isteri…. isteri nangis…. saya pelok isteri dan pujuk…. masa tu saya cuba tenangkan dia…. dan cuba pahamkan diya kenapa saya marah…. saya selalu ajar isteri mengenai dosa pahala tetapi diherdik isteri…. isteri tak terime saya marah sebab sikap diya…. di pendekkan cerita….
keesokkan kejadian yang berlaku…. isteri larikan diri lagi yang tak tahu dimana sekarang ini…. padahal lepas kejadian tu saya dan isteri bermanja manja…. cuma saya tak perasan isteri berlakon…. balik balik rumah sahaja isteri tiada…. bila ditanya melalui pesanan ringkas isteri dimana…. isteri menjawab lupa ke taklik…. saya dalam keliru…. saya cuba pujuk isteri…. tetapi isteri tetap beri alasan saya menyakitinya saya dianjingkannya dibabikannya…. sampai sekarang kami berpisah begitu sahaja tanpa difikirkan rindu saya padanya…. tak cukup lagi ke pengorbanan saya keikhlasan saya kahwininya beri sepenoh kasih sayang tak pernah curang….
cerita saya ni pon saya pendekkan kalau tidak lagi banyak perangai isteri yang menghacurkan hati saya…. saya harap dapat pendapat dari semua untuk saya…. saya bukanlah lelaki yang baik tetapi saya tak pernah curangi isteri saya dan saya buang kawan saya semua hanya kerana nak sepenoh masa pada rumah tangga saya…. maaf kalau ade yang tak faham jalan cerita saya…. harap ada cadangan dan kata yang baik untuk saya dan siapa yang pernah lalui pengalaman suami atau isteri tak pernah mengaku salah dan asyik lari dari keadaan.. admin hide profile saya dengan ketatnya…. terime kasih admin