Asalamualaikum admin. balik keja petang ni. saya cakap dengan isteri saya yang preg. macam mane hari ni? buat ape?anak2 mcm mane? isteri citer saya dengar jelah. tapi isu utama saya nak beriatahu time mood dia tengah ok ni. Saya beritahu isteri tahun depan tidak perlu mengandung sudah saya rase yang keempat ni pun dah ramai dah, isteri pulak tunjuk muka masam mencuka, dia pulak tanya saya dah ade kilang lain ke? Dia ckp selagi tak cukop 8 jangan harap dia nak stop mengandung, benih hak dia nak atau tak bukan hak saya.. amboi macam tu sekali, nak 4 orang lelaki 4 orang perempuan.
Biar pening kepala saya jaga dan tak bagi saya peluang cari lain, dia cakap lagi dia tau saya cakap dengan bapa saudara semalam pasal poligami, adoi kantoi lagi, banyak betul supaya bini, Bini saya cakap Boleh nak kawin lain tapi rumah, kereta semua atas nama dia dan 10k sebulan, saya cakap betul ke? sekarang jugak abang settlekan, tapi isteri mengamok, kena saya tarik telinga, adoi sakit
isteri tanya, dah ade calon ke ?
Isteri dah muka garang dah time tu, Satu lagi koleksi lagu kpop sume dalam smartphone dan laptop dia mintak saya buang pasal seksi sangat dan tak cukop kain, saya cakap biasa je tak ade ape2 pon, isteri cakap nak tengok, tengok yang dia sudah tak perlu kpop bagai, Gambar2 klien perempuan yang muda2 dalam smartphone dia mintak delete, nak gambar dia sorang je dlm smartphone, ikot jelah kehendak permaisuri yang tengah pregnant ni. Dia nak aku ikut kehendak dia, Tapi kehendak aku siapa yang nak turuti?




