salam admin dan krt saya ada msalah dengan isteri saya baru2 ini, bgini biar saya perkanalkan dari dahulu saya seorang suami yang sudah bernikah bersama istri slama tiga tahun dan kami telah dkuniakan seorang anak brusia satu tahun lebih.. istri saya tidak menyukai emak dan adik bradik pmpuan saya…
waktu mula2 saja nampk layanan isteri pada mereka ok tapi lama kelamaan mula hambar dan saya tidak tahu apa puncanya.. bila pulang di kampung saya saja isteri asyik berdiam dari sahaja dan kurang bercakap.. tidak seperti keadaan dia apabila berada di kampungya..
sekarang ini kami sedang beraya di kampung sebelah saya.. perangai isteri saya saya cukup tidak berkenan.. kerja nya hanya berkurung dalam bilik apa kerja pun dia tidak mahu lakukan.. cuma malam raya sahaja dia mengemas rumah dan selebih nya asyik berkurung dengan anak kami sehingga emak saya pun bersuara yang istri tidak menampakkan muka sangat di hari raya.. Tidak cukup dengan itu anak2 buah saya pun isteri tidak beri angpow padahal dia sudah tukar duit awal2 lagi di bank.. bila saya tanya dan mohon dia jelaskan kenapa dia berperangai sebegini dia hanya myatakan yang dia letih dan penat padahal saya tahu memang ada yang tidak kena.. saya terus sound dia dan mula mengungkit..
isteri menangis selepas saya memarahi dia dan sampai sekarang dia tidak mahu bercakap dengan saya admin dan pembaca sekalian salahkah jika saya bersuara dan memarahi istri atas sikapnya? sesuaikah layanan menantu pada ahli kelurga saya? sebagai anak abang dan adik sudah tentu saya tidak suka isteri melayani keluarga saya halai balai sahaja… raya tahun ini sangat hambar sekali, kalau lah saya tahu bgini saya lebih rela beraya di kampung saya seorang dari dan biarlah dia beraya di kampungnya sahaja..