Salam Admin, saya baru berkahwin belum setahun lagi. Suami seorang yang penyayang. Dia rajin tolong saya buat kerja rumah, tapi ada juga la masa dia malas sebab dia penat bekerja. Seminggu cuma hari Ahad je dia cuti, Hari2 kerja pukul8 pagi-10 malam termasuk OT. Kami belum dikurniakan anak lagi. Suatu hari saya pergi berjumpa Makcik berurut Tradisional tengah2 dia mengurut dia bagitau yang dia dapat baca suami saya tu masih contact lg Ex lama dan masih Berwasap.
Suami saya memang dari zaman belajar ramai Ex Ex Girlfriend. Tapi semua mainkan hati dia katanya. Lepas dari hari tu, hari2 saya belek Fon suami, Takde ape2 pun. Password fon kami masing2 tahu. Kalau cuti pun,mana penah suami saya keluar dengan kawan2 selain saya. Saya percayakan Suami saya,Tapi Kata2 Makcik tu mengganggu kepercayaan saya tu,geram pulak rasa dengan makcik tu. Tolong Nasihatkan saya Sikit. Patut ke Saya bagitau Suami apa yg Makcik tu cakap?




