Salam min..plis hide my profile..aku just nak luah perasaan aku selama berumahtangga ni, mungkin rakan krt boleh share jika senasib. Selama 10 tahun perkahwinan ku,suami tidak pernah menghulur duit nafkah mgkin kerana aku juga bekerja..bayaran rumah aku yang setelkan. So dia hanya beli barang dapur stiap bulan. Aku biasa hidup dalam keluarga yang pemurah jadi bila aku balik rumah mil aku selalu terasa hati sebab mil tak benarkan menggunakan lauk peti aisnya so suami akan beli lauk menggunakan duit kami tapi aku sentiasa bersangka baik dan anggap sedekah.
Pernah adiknya menengking suamiku kerana tidak berpuas hati dengan lauk yang dibelikan. Apabila aku menggunakan barang2di rumahnya matanya sentiasa memerhatikan gerak geriku penggunaan sabun dan minyak pun dipantaunya anak2 ku selalu dimarahi jika mandi lama atau membuka peti ais di rumahnya. Aku kadang2 menangis sebab ibuku sendiri melayan menantu2nya bagaikan raja. cucunya ditatang dengan lembut dan kasih sayang.. percakapan ahli keluarga mil jugak agak kasar dan kuat sehingga suamiku jugak terbawa2 dalam family kecil kami. boleh tak rakan2 krt bagi kata2 semangat untuk tingkatkan kesabaran ku supaya rumahtangga kami tak tergugat. terima kasih




