Salam semua, aku isteri yang bekerja berpendapatan kurang Rm2000 lepas tolak itu ini, Suami pun bekerja tapi di sector awam. Dari mula berkahwin sehingga sekarang dari atas ke bawah luar dalam aku beli sendiri sebab suami tak pernah nak beli kan apatah lagi bagi duit untuk beli.. Topup kredit telepon RM5 pun tak pernah untuk aku. Dah 3 tahun berkahwin tiba2 rasa sedih sangat walaupun dah pernah tegur banyak kali. Sampai tahap dari teguran baik2 bawa ke gaduh.. Tapi semua nya bukan sebab duit semata-mata tapi sebab tanggungjawab.
Orang selalu cakap “kau beruntung dah confirm2 duit masuk dalam acc bank kau tolak dari gaji laki kau. Sedangkan dah 3 tahun perkahwinan satu sen pun tak pernah aku dapat. Aku tak terima nafkah zahir pun.. Kami duduk menyewa itu pun sebelum menyewa dia cakap bayar half half. Aku berkeras tak nak. Segala jenis bill termasuk, perbelanjaan ank susu pampers pakaian aku dan anak, kereta road tax insurance, insurance anak, monthly bayar rumah (rumah yang dibeli) semua nya aku.. Makin hari makin rasa sedih dan terkilan sebab sampaikan barang basah pun walaupun sebiji telur atau bawang aku yg beli kalau tak, tak berasap la rumah tu. Belum lagi cerita bab baran dia..
Sampai kan 1 hari sabun mandi habis saje aku bia kan sebab nak tengok dia pergi beli ke tak dan Aku mandi pakai sabun anak. Sampai berhari2 tetap buat tak tahu tak beli pun. Akhirnya aku jugak beli..Aku tahu Allah bantu aku dalam keadaan macam ni walaupun gaji tak sampai RM2000 bayar itu ini, kalau lah aku senaraikan balance yang tinggal Dalam RM100-RM200 sahaja sampai ke next gaji tapi alhamdulilah Allah tolong aku untuk rasa cukup semua nya.
Cuma aku sedih, ape function aku kahwin sebenarnya kalau semua nya sendiri bukan tolong menolong? Apa hukum jika suami melakukan sebegini kat isteri? Aku pergi kerja dengan tudung RM5 bawal, baju tak pernah bertukar dari dulu sampai ade yang dah reput pun sebab tu je kemampuan aku. Aku sedih sebab diperlakukan macm ni tak tahu nk luah kat siapa. Nk luah kt keluarga pun nanti bertambah teruk je.Aku rasa diri aku sendiri pun dah tua sebelum usia dah.. Nak ditelan mat! mak diluah mati! bapa. Sekian luahan perasaan..




