tolong hide nama saya.. saya baru brkahwin dan sedang mengandung.. saya dan suami berpjj kerana faktor kerja..
saya tinggal bersama ibubapa saya. dirumah hanya saya sorang yang ada kerana adik bradik lain sudah berkeluarga dan masing2 jauh dari fam. masalah sebenarnya bermula dari ketika saya baru kahwin lagi dimana adik bradik saya mempertikaikan saya yang sudah berkahwin masih menetap bersama org tua.
Mereka meyuruh saya menyewa dirumah lain dan tidak tinggal sekali namun suami saya tidak mngizinkan kerana saya akan tingal seorang diri. bagi mereka, saya hanya akan myusahkn orang tua sedangkan mereka tahu saya bekerja dan memberi wang belanja setiap bulan kepada ibu saya. kemelut krisis ini terjadi apabila saya disahkan hamil dan memberitahu kepada ibu saya. Dia meyuruh saya mengugurkn kerana kandungan masih baru atas alasan saya berpjj dengan suami dan kewangan msih belum stabil dan akan myusahkn dia kerana saya masih tingal bersama nya..
Saya dan suami tidak mgikut katanya keranaa ini bayi pertama kami dan kami sangat teruja. berlaku pertengkaran antara saya dan ibu saya dan dia mengatakan saya anak derhaka. semenjak dari prtengkaran itu saya tidak bertegur sapa dengan ibu saya dan dia lansung tidak ambil peduli tentang saya.. tidak lama dari kejadian itu ayah saya menyuruh saya tinggal bersama mertua saya. Saya tidak selesa disana kerana ramai penghuni dan saya tidak mahu mndatangkan masalah kepada mereka pula.
Dan suami saya pula meyuruh saya berhenti kerja dan tinggal bersamanya tapi masalahnya saya msih belum dapat tawaran kerja lain dan saya rasa dengan keadaan kos sara hidup sekarang memang masalah jika saya tidak bekerja dan saya perlu bekerja tambahan pula bakal mendapat cahayamata apa pandangan saudara saudari di sini.




