Assalamualaikum, mohon hide profil.
Ingin sy kongsi satu kisah tentunya kisah rumahtangga, saya mendirikan rumah tangga selama 5 tahun bersama suami. Dikurnia kn 2 orang cahaya mata. Saya masih lagi muda 20an dan kerja di sektor kerajaan. Manakala suami 30an. Kerja biasa2 je. Pada awal perkahwinan, saya tinggal dengan mil. Satu rumah boleh dikira ramai juga lah. Adik suami pun dah berkahwin mempunyai 1 orang anak, adik suami tak kerja. Bini dia pun tak kerja cuma tolong mil berniaga kadang2. Kira nya keluarga suami orang biasa2 je. Disebabkan suami tak mampu dari segi kewangan, saya redha tinggal bersama mereka. Memandangkan saya seorang yang bekerja. Jadi saya membantu dari segi kewangan serta menjadi tulang belakang keluarga suami. Termasuk segala urusan hospital mereka mahupun urusan sekolah adik bongsu suami. Itu bukan jadi masalah, memandangkan fil n mil sudah tua bagi saya.
Saya menyayangi mereka seperti keluarga sendiri, tapi sekuat mana pun kita hendak menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Orang luar tetap orang luar. Saya pernah dengar umpatan antara ipar dan mil, antara biras dan mil. Sungguh sedih. Kadang2 saya juga ingin berehat setelah penat kerja, dicop saya pemalas. Saya diamkan, semasa ketiadaan suami dlm rumah. Ada juga dengar mil menyindir seolah-olah menghalau. Saya menangis. Tidak memberitahu suami kerana takut suami cakap saya mengada2 kn cerita. Saya pilih diam.
Untuk pengetahuan semua, suami dan saya pernah terpisah beberapa tahun kerana orang tua tak merestui hubungan kami. Disebabkan saya masih belum habis belajar. Keluarga begitu meletakkan harapan kepada saya kerana saya satu2 anak perempuan daripada 7 adik beradik lelaki. Saya dan suami terpisah atas desakan keluarga. Saya meneruskan pembelajaran hingga ke ipt. Di situ lah, suami mencari kembali saya. Menuntut janji ibu saya, apabila sy sudah habis belajar.
Sepanjang perpisahan, saya tetap kan hati pada suami banyak lamaran saya menolak kerana masih mengharap kn suami tapi lain pula cerita suami saya. Dia telah menjalin cinta dengan seorang gadis. Dan terlanjur. Alasannya, tak dapat lupa kn sy. Isi kekosongan sepanjang ketiadaan saya. Sungguh demi tuhan. Hancur hati saya. Namun suami tetap memujuk hati saya. Berjanji bulan dan bintang. Walau berat, saya redha kerana tiada insan suci tak punya masa silam.
Lain pula bila dah berkahwin, kakak suami dan mil membuka cerita suami dan gadis tersebut. Memuji kecantikan gadis itu. Menunjukkn gambar gadis tu pada saya. Ya Allah, apa yang anda rasa kalau anda ditempat saya? sedih bukan. Buat apa cerita pada saya. Yang berlalu biarkan berlalu. Sampai saya berpantang anak sulong pun mereka tetap memuji gadis itu. Saya tabahkan hati. Tak menceritakan pada suami. Mulai dari saat tu, saya mula tak dapat menerima kisah silam suami.
Saya juga mula membenci suami, hari2 kami gaduh. Terasa semua tidak kena. Kadang2 menangis sendiri. Hmm, suami juga mula jatuh kn tangan. Pernah tampar dan cekik saya. Ya tuhan, bukan ni yang saya mahu.
Suatu hari, saya gaduh dengan suami. Mil masuk campur dan menganggap suami salah pilih isteri. Mereka bersama2 hentam saya dengan kata2. Saya nekad bawa diri. Balik rumah ibu bapa saya bersama anak2. Saya nak mulakan hidup baru dengan anak, sepanjang saya berkahwin pun memang saya menanggung dua2 anak. Suami tak pernah beli baju walau sehelai, inikan pula nafkah. Alasan nya gaji murah. Saya kerja lebih elok, kadang2 teringin juga nak merasa duit suami walau belanja seluar dalam. mohon siarkan.




